BN perlu menang di Shah Alam untuk rampas Selangor - Najib

BN perlu menang di Shah Alam untuk rampas Selangor - Najib - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN perlu menang di Shah Alam untuk rampas Selangor - Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN perlu menang di Shah Alam untuk rampas Selangor - Najib
link : BN perlu menang di Shah Alam untuk rampas Selangor - Najib

Baca juga


BN perlu menang di Shah Alam untuk rampas Selangor - Najib

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menyatakan hasratnya untuk menawan semula Selangor yang kini dipimpin oleh pembangkang selepas dua kali mengalami kekalahan pada pilihan raya umum lepas. 
 
Beliau yang berucap ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Shah Alam petang tadi mahukan perubahan landskap politik yang baru ke atas negeri itu dengan memastikan Umno Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi PRU kali ini.
 
Namun katanya, untuk mendapatkan semula Selangor, semuanya harus bermula dari Shah Alam.
 
"Kalau dalam banyak-banyak bahagian di Selangor, kenapa saya sebagai presiden parti memilih Shah Alam, satu-satu bahagian di Selangor untuk hadir ke majlis perasmian.
 
"Memang tujuan saya tidak lain tak bukan ialah untuk saya menghantar satu mesej politik tidak lain dan tidak bukan kalaulah Shah Alam ini merupakan ibu negeri Selangor, maka kalau kita nak melakukan perubahan kepada landskap negeri Selangor ini, kalau kita nak BN kembali berkuasa menerajui negeri Selangor, perubahan tersebut mestilah lahir, berputik dan seterusnya berkembang dan menjadi gelombang kuat yang bermula di parlimen Shah Alam ini.
 
"Ungkapan menang di Shah Alam, menanglah di Selangor," katanya sambil disambut sorakan kuat penyokong.
 
Katanya, bagi menjamin kemenangan Umno-BN dan mengelak daripada 'diceraikan buat kali ketiga' di negeri tersebut, jentera dan penyokong harus keluar daripada zon selesa dan bersama-sama membantu kepada kemenangan parti pada kali ini.
 
"Justeru untuk kita menjamin kemenangan di Selangor ini, kita mesti meletakkan dalam minda kita bahawa kedudukan bak kata Tan Sri Noh tadi, kita adalah pembangkang.
 
"Dan sebagai parti pembangkang kita tak seharusnya dalam zon selesa sebagai parti pembangkang," ujarnya.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel BN perlu menang di Shah Alam untuk rampas Selangor - Najib

Sekianlah artikel BN perlu menang di Shah Alam untuk rampas Selangor - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN perlu menang di Shah Alam untuk rampas Selangor - Najib dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/bn-perlu-menang-di-shah-alam-untuk.html

Subscribe to receive free email updates: