Bauksit: 'SUK Pahang', Bersih Stok Dan Tiada Perlombongan Baharu !

Bauksit: 'SUK Pahang', Bersih Stok Dan Tiada Perlombongan Baharu ! - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bauksit: 'SUK Pahang', Bersih Stok Dan Tiada Perlombongan Baharu !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bauksit: 'SUK Pahang', Bersih Stok Dan Tiada Perlombongan Baharu !
link : Bauksit: 'SUK Pahang', Bersih Stok Dan Tiada Perlombongan Baharu !

Baca juga


Bauksit: 'SUK Pahang', Bersih Stok Dan Tiada Perlombongan Baharu !


KUANTAN: Perlombongan bauksit secara haram adalah kegiatan yang dibimbangi berlaku oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sejak pelaksanaan moratorium dikuatkuasakan.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata berikutan itu, Badan Pemantauan Khas Moratorium ditubuhkan bagi melakukan pemantauan terhadap isu terbabit.

"Perkara ini (perlombongan bauksit secara haram) memang antara perkara yang kami bimbang akan berlaku apabila kita melaksanakan moratorium.

"Sebab itu kita tubuhkan Badan Pemantauan Khas ini yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Azizan Ahmad. Beliau sedang berada di luar negara, saya akan dapatkan maklumat lanjut apabila beliau kembali minggu hadapan," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Justeru itu, Wan Junaidi enggan mengulas berhubung rekod kementerian itu bahawa stok simpanan bauksit di luar Pelabuhan Kuantan pada peringkat awal pelaksanaan moratorium pada 27 November 2015 adalah 5.4 juta tan tetapi sehingga 8 Jun 2017, sebanyak 5.8 juta tan mineral itu sudah dieksport.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, mendakwa penguat kuasa Pejabat Tanah dan Galian sentiasa memantau pergerakan lori yang memunggah bauksit bagi memastikan mereka tidak melanggar peraturan ditetapkan kerajaan.

"Jika ada (bukti) masih wujud aktiviti melombong secara haram, kerajaan negeri tidak akan berdiam diri. Kita akan ambil tindakan terhadap pengusaha (lombong bauksit) yang ingkar dengan arahan (moratorium) yang diputuskan Kerajaan Pusat.

"Kita tahu ada di antara mereka (pengusaha lombong bauksit) yang mempunyai simpanan yang banyak, kita beri masa kepada mereka untuk membersihkan (mengangkut keluar) stok itu," katanya.

Muhammad Safian mendakwa, pergerakan lori mengangkut bahan mineral itu yang masih berjalan seperti biasa adalah proses membersihkan stok simpanan yang belum selesai sepenuhnya.

"Tiada perlombongan baharu, yang ada hanyalah proses membersihkan stok simpanan pada tapak lombong sebelum ini. Masih ada (stok simpanan bauksit) yang belum dipunggah ke Pelabuhan Kuantan dan usaha membersihkannya mengambil masa," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan beberapa jentera berat di kawasan tertentu sudah disita selepas mendapati pengusahanya masih berdegil dan melakukan aktiviti melombong tanpa kebenaran.

"Kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dan mendapatkan maklumat daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan agensi lain, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi terus memantau perkembangan ini.

"Kita tidak mahu ada pihak mengambil kesempatan dan melanggar arahan moratorium hingga menjejaskan alam sekitar di kawasan terbabit," katanya. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Bauksit: 'SUK Pahang', Bersih Stok Dan Tiada Perlombongan Baharu !

Sekianlah artikel Bauksit: 'SUK Pahang', Bersih Stok Dan Tiada Perlombongan Baharu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bauksit: 'SUK Pahang', Bersih Stok Dan Tiada Perlombongan Baharu ! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/bauksit-suk-pahang-bersih-stok-dan.html

Subscribe to receive free email updates: