Zaid: Kemesraan Umno-PAS bukan politik matang, tetapi politik wang

Zaid: Kemesraan Umno-PAS bukan politik matang, tetapi politik wang - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zaid: Kemesraan Umno-PAS bukan politik matang, tetapi politik wang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zaid: Kemesraan Umno-PAS bukan politik matang, tetapi politik wang
link : Zaid: Kemesraan Umno-PAS bukan politik matang, tetapi politik wang

Baca juga


Zaid: Kemesraan Umno-PAS bukan politik matang, tetapi politik wang

Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan alasan “politik matang” yang kerap diberikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam menjelaskan perubahan sikap parti itu terhadap Umno, sambil berkata ia lebih menjurus kepada “politik wang”.
“Mereka tidak berminat untuk membela manusia yang memerlukan pertolongan, tetapi hanya memperjuangkan ideologi songsang.
“Politik matang sepatutnya dapat memperkuatkan modal insan bangsa Melayu, membasmi kemiskinan orang Melayu, dan memberi pelajaran yang baik kapada bangsa Melayu,” kata Zaid kepada FMT baru-baru ini.
Bekas menteri itu berkata perkembangan di kalangan orang Melayu kebelakangan ini menunjukkan Umno dan PAS cuba mengelirukan masyarakat itu dengan membawa agenda seperti hukuman syariah, sedangkan golongan atasan dan elit masih terlepas pelbagai tindakan pihak berkuasa Islam.
“Ia hanya drama untuk mengelirukan rakyat. Sudah berapa ramai orang atasan dikenakan hukuman ini? Siapa dari pihak atasan yang dihukum sebat kerana minum arak, berkhalwat dan mencuri harta kerajaan?”
Hadi merupakan antara pemimpin kanan PAS yang mempertahankan dasar PAS yang dilihat lebih mesra Umno, dan beberapa kali menekankan perubahan sikap itu sebahagian daripada “budaya politik matang” oleh parti Islam itu.
“Ini adalah sebahagian daripada cara politik matang yang tidak jumud dan degil tanpa perhitungan. Politik mencari kawan sebanyak mungkin bukannya berlawan secara fanatik,” kata Hadi dalam salah satu daripada penulisannya.
Zaid berkata ketika Melayu berdepan pelbagai kepincangan ekonomi dan sosial, Umno dan PAS lebih gemar memperjuangkan dasar yang tidak “konkrit dan relevan”, seperti membina lebih banyak masjid dan memperkenalkan hukuman syariah lebih berat.
“Satu pertiga pelajar universiti tidak mengetahui dan memahami nilai asas manusia sejagat,” katanya, merujuk kajian Institut Integriti Malaysia baru-baru ini yang mendapati sebahagian besar pelajar di beberapa buah universiti awam tidak menganggap perbuatan rasuah seperti sogokan hadiah sebagai satu kesalahan.
“Yang benar dan yang salah dikelirukan. Mereka menganggap rasuah itu bukan satu kesalahan yang sepatutnya dikutuk,” kata Zaid kepada FMT.
Zaid berkata majoriti yang terlibat masalah seperti pengangguran, kehamilan luar nikah, beban hutang dan salah guna dadah ialah orang Melayu.
Beliau turut merujuk kejadian seorang ayah kepada 7 orang anak, Mohd Irwan Omar, yang membunuh diri dipercayai akibat kesempitan wang dan kemungkinan terlibat dadah, di Pulau Pinang baru-baru ini.
Zaid mempersoalkan sumbangan PAS dan Umno ketika ramai orang Melayu dan Islam dibelenggu kemiskinan dan masalah sosial lain.
“Apakah yang dilakukan kedua-dua parti politik Melayu-Islam ini” soalnya.
“Sebenarnya politik Umno dan PAS tidaklah matang sama sekali. Malah kita boleh sifatkan ia politik murahan dan cetek yang tidak menonjolkan kekuatan perjuangan, tetapi hanya kekuatan wang ringgit dan kuasa.” - FMT



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Zaid: Kemesraan Umno-PAS bukan politik matang, tetapi politik wang

Sekianlah artikel Zaid: Kemesraan Umno-PAS bukan politik matang, tetapi politik wang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zaid: Kemesraan Umno-PAS bukan politik matang, tetapi politik wang dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/zaid-kemesraan-umno-pas-bukan-politik.html

Subscribe to receive free email updates: