[GITU PULAK!] KIMMA bantah beri status Bumiputera kepada semua India Muslim

[GITU PULAK!] KIMMA bantah beri status Bumiputera kepada semua India Muslim - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [GITU PULAK!] KIMMA bantah beri status Bumiputera kepada semua India Muslim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [GITU PULAK!] KIMMA bantah beri status Bumiputera kepada semua India Muslim
link : [GITU PULAK!] KIMMA bantah beri status Bumiputera kepada semua India Muslim

Baca juga


[GITU PULAK!] KIMMA bantah beri status Bumiputera kepada semua India Muslim


Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) membantah permohonan yang dikemukakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India Muslim kepada kerajaan supaya memberi status Bumiputera kepada komuniti itu.
Presiden Kimma, Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata, beliau sebelum ini telah menekankan bahawa status Bumiputera hanya boleh diiktiraf jika individu (India Muslim) berkenaan adalah generasi kelima atau keenam yang menetap di Malaysia.
“Sebagai contoh, saya dilahirkan di sini sebelum merdeka dan tidak lagi mempraktikkan tradisi India. Kami bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan tradisi Melayu.
“Kita juga tidak mempunyai saudara mara yang tinggal di India,” katanya.
Katanya, tidak adil sekiranya kelulusan itu digunapakai untuk semua India Muslim tanpa mengambil kira latar belakang keluarga.
“Tidak wajar untuk memberikan status Bumiputera kepada mereka yang baru masuk Islam,” katanya.
Jelasnya, menuntut status Bumiputera tidak bermakna mereka mahu dianggap sebagai orang Melayu.
“Kita mahu kekal sebagai orang orang Islam India, bukan Melayu. Apa yang dimahukan adalah keistimewaan Bumiputera,” katanya.
Syed Ibrahim berkata, cadangan itu sepatutnya mengikut Perlembagaan Persekutuan yang mentakrifkan bahawa orang Melayu berhak mendapat hak istimewa sebagai Bumiputera.
Sebelum ini, Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) mengemukakan permohonan kepada kerajaan supaya memberi status Bumiputera kepada masyarakat India Muslim yang lahir di Malaysia.
Tuntutan sama turut dibuat oleh Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) Dhajudeen Shahul Hameed yang mahu surat pekeliling dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pengiktirafan status Bumiputera kepada komuniti itu.
Bagaimanapun Najib dilaporkan berkata, kerajaan sedang mengkaji secara mendalam tuntutan berkenaan, sama ada melalui pentadbiran atau pewartaan.


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel [GITU PULAK!] KIMMA bantah beri status Bumiputera kepada semua India Muslim

Sekianlah artikel [GITU PULAK!] KIMMA bantah beri status Bumiputera kepada semua India Muslim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [GITU PULAK!] KIMMA bantah beri status Bumiputera kepada semua India Muslim dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/gitu-pulak-kimma-bantah-beri-status.html

Subscribe to receive free email updates: