UMNO Pahang Kepanasan, Anjur Pesta ‘Ganggu’ Program Mahathir

UMNO Pahang Kepanasan, Anjur Pesta ‘Ganggu’ Program Mahathir - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Pahang Kepanasan, Anjur Pesta ‘Ganggu’ Program Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Pahang Kepanasan, Anjur Pesta ‘Ganggu’ Program Mahathir
link : UMNO Pahang Kepanasan, Anjur Pesta ‘Ganggu’ Program Mahathir

Baca juga


UMNO Pahang Kepanasan, Anjur Pesta ‘Ganggu’ Program Mahathir


TEMERLOH: Bagi mengekang kehadiran rakyat ke program HARAPAN, ada pihak tertentu dilihat cuba ‘mensabotaj’ program Tun Mahathir dengan menganjurkan pesta dan konsert hiburan.
Ahli Jawatankuasa DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah berkata, program Jelajah Semarak Selamatkan Malaysia anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Temerloh malam ini (28 Julai 2017), bertembung dengan Temerloh Fest yang turut bermula pada tarikh yang sama.
“Kehadiran Tun Dr Mahathir bersama pimpinan tertinggi PPBM ke Temerloh malam ini membuat pemimpin tertinggi UMNO kepanasan dan tak senang duduk.
“Ada perancangan pihak tertentu cuba mengadakan pesta dan konsert pada tarikh yang sama bagi menghalangan golongan muda untuk hadir malam ini mendengar amanat PPBM di Dataran Taman Cengal yang berhampiran pejabat Amanah,” kata Tengku Zul kepada Roketkini.
Kegelisahan pemimpin UMNO terhadap senario politik Pahang mutakhir ini kata Adun Mentakab itu sudah tidak dapat disembunyikan lagi.
Salah seorang pemimpin UMNO Pahang yang amat tidak senang dengan kehadiran Tun Mahathir di Temerloh malam ini ujarnnya ialah Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Penduduk kampung, termasuk di Felda senang dengan kehadiran Tun Mahathir. Itu telah menyebabkan kerusi Bera yang menjadi kubu UMNO selama ini semakin goyah.
Dalam perkara berkaitan, Tengku Zulpuri berkata, pengukuhan Pakatan Harapan dengan penyertaan PPBM memang sedang memberi kesan besar kepada UMNO kehilangan penyokong khususnya di kawasan luar bandar.
“Lebih-lebih lagi UMNO-BN semakin goyang apabila terpaksa berdepan dengan banyak persoalan dan skandal seperti isu FGV, 1MDB, kapal selam, pembunuhan Altantuya yang hanya tunggu masa ‘meletus’,” katanya. 
“Sudah ada angin bertiup kencang di Pahang mahu Najib digantikan dengan pemimpim lain sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan dan mereka sendiri tidak yakin Barisan Nasional (BN) – UMNO boleh bertahan,” katanya lagi. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel UMNO Pahang Kepanasan, Anjur Pesta ‘Ganggu’ Program Mahathir

Sekianlah artikel UMNO Pahang Kepanasan, Anjur Pesta ‘Ganggu’ Program Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Pahang Kepanasan, Anjur Pesta ‘Ganggu’ Program Mahathir dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/umno-pahang-kepanasan-anjur-pesta.html

Subscribe to receive free email updates: