NGO Gesa, JAS "Dedahkan" Hasil Pemeriksaan Projek Bukit Sekilau

NGO Gesa, JAS "Dedahkan" Hasil Pemeriksaan Projek Bukit Sekilau - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NGO Gesa, JAS "Dedahkan" Hasil Pemeriksaan Projek Bukit Sekilau, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NGO Gesa, JAS "Dedahkan" Hasil Pemeriksaan Projek Bukit Sekilau
link : NGO Gesa, JAS "Dedahkan" Hasil Pemeriksaan Projek Bukit Sekilau

Baca juga


NGO Gesa, JAS "Dedahkan" Hasil Pemeriksaan Projek Bukit Sekilau


KUANTAN: Pertubuhan Gelombang Hijau Kuantan menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan jabatan lain yang melawat projek pembangunan di Bukit Sekilau mendedahkan kepada orang ramai berhubung keputusan pemeriksaan itu.

Setiausaha Kehormat, Pertubuhan Gelombang Hijau Kuantan, Yap Swee Seng berkata, pendedahan  itu perlu dibuat oleh jabatan berkenaan bagi memastikan kerajaan negeri telus dan tidak menutup tindakan yang salah dari segi undang-undang.

“Ini adalah demi keselamatan penduduk setempat, pemeliharaan alam sekitar dan pengawalan banjir akibat daripada aktiviti perlombongan kuari di kawasan terbabit yang boleh memberi kesan kepada warga Kuantan.

“Jadi pertubuhan kita sebolehnya mahu pihak kerajaan hentikan sebarang projek pembangunan Bukit Sekilau dan wartakannya sebagai hutan simpanan kekal untuk rakyat Kuantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Selain itu, Swee Seng meminta agar Setiausaha Khas kepada Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Andrew Wong mengemukakan semua dokumen perlesenan projek pembangunan Bukit Sekilau sebagaimana yang telah dijanjikan sebelum ini.

Menurutnya, pada 30 Jun lalu, Andrew didakwa beliau telah berbincang dengan syarikat pembangunan dan kontraktor yang  terlibat dalam projek pembangunan Bukit Sekilau dan akan mengadakan satu sidang media selepas cuti Hari Raya Aidilfitri bagi mengemukakan semua dokumen perlesenan projek, termasuk carta pembangunan projek tersebut kepada pihak media.   

“Tapi hingga hari ini, dan sebulan sudah berlalu, Andrew gagal mengotakan janji beliau untuk mengadakan sidang media itu sedangkan orang awam perlu tahu status sebenar projek terbabit adakah ia tidak melanggar peruntukan-peruntukan undang-undang.

“Kami berasa amat kecewa terhadap kegagalan Andrew tunaikan janjinya. Kami minta penjelasan daripada beliau kenapa masih belum kemukakan dokumen-dokumen perlesenan projek supaya bertanggungjawab kepada orang awan terhadap janji yang dibuatnya.

“Kami amat berharap janji yang dibuat oleh beliau bulan lepas bukan semata-mata taktik sementara untuk menyimpang kritikan-kritikan orang awam,” katanya.

Selain itu, pertubuhan terbabit juga menyeru Andrew untuk membalas kenyataan Adun Semambu, Lee Chean Chung berdasarkan maklumat-maklumat yang pemimpin itu perolehi daripada JAS.

Katanya, berdasarkan maklumat diperolehi kelulusan daripada JAS untuk projek pembangunan Bukit Sekilau itu adalah untuk tanah di depan bukit dan bukan di atas bukit dan pembangunan di atas bukit memerlukan satu laporan kesan terhadap alam sekitar (EIA) dijalankan.

“Jadi perkara ini perlu diperjelaskan oleh Andrew,” katanya. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel NGO Gesa, JAS "Dedahkan" Hasil Pemeriksaan Projek Bukit Sekilau

Sekianlah artikel NGO Gesa, JAS "Dedahkan" Hasil Pemeriksaan Projek Bukit Sekilau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NGO Gesa, JAS "Dedahkan" Hasil Pemeriksaan Projek Bukit Sekilau dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/ngo-gesa-jas-dedahkan-hasil-pemeriksaan.html

Subscribe to receive free email updates: