Tindakan RoS untuk menyelamatkan DAP - Penganalisis

Tindakan RoS untuk menyelamatkan DAP - Penganalisis - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan RoS untuk menyelamatkan DAP - Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan RoS untuk menyelamatkan DAP - Penganalisis
link : Tindakan RoS untuk menyelamatkan DAP - Penganalisis

Baca juga


Tindakan RoS untuk menyelamatkan DAP - Penganalisis

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: DAP seharusnya bertindak mengikut arahan yang dikeluarkan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (RoS) dengan mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam parti itu.
 
Penganalisis Politik, Azmi Hasan berkata ia bagi menyelamatkan parti itu sendiri supaya mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umun (PRU) akan datang.
 
"Sebenarnya saya melihat arahan RoS ini adalah sebagai penyelamat kepada DAP kerana kalau mereka teruskan juga dalam senario status quo CEC tu tidak muktamad, maka besar kemungkinan parti DAP tidak boleh bertanding dalam PRU14.
 
"Jadi sebagai menjaga kepimpinan DAP, strateginya sepatutnya DAP mengikut arahan RoS itu kerana ia membolehkan mereka tidak ada kekangan untuk mereka bertanding dalam PRU14," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Terdahulu, RoS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC selepas keputusan pemilihan CEC DAP yang dibuat pada Disember 2012 dan 2013 tidak diiktiraf Jabatan itu atas sebab kesilapan teknikal keputusan pengundian serta kaedah pemilihan yang tidak mengikut perlembagaan parti. 
 
Bagaimanapun, DAP bertegas untuk tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC selagi belum menerima surat arahan rasmi daripada RoS. 
 
Malah parti itu dikatakan menuduh ROS sengaja mensabotaj mereka bagi persediaan PRU kali ini, sedangkan keputusan ROS agar parti itu mengadakan pemilihan semula CEC adalah berdasarkan perlembagaan parti tersebut sendiri.
 
Dalam pada itu, Azmi menganggap tuduhan DAP terhadap RoS itu adalah kerana mahu menyelamatkan air muka mereka yang sudah jelas melakukan kesilapan semasa dalam proses pemilihan jawatankuasa tersebut.
 
Malah katanya, keengganan DAP untuk membuat pemilihan semula juga berkemungkinan kerana gusar tidak dapat mempertahankan kedudukan  mereka sebagaimana sebelumnya.
 
"Keengganan DAP ni lebih menjerumus kepada keahlian CEC sekarang ni sebab dia tak yakin bahawa mereka akan dipilih semula kalau dibuat pemilihan semula.
 
"Tapi ini sebenarnya ini menyerlahkan lagi bagaimana komposisi CEC itu tidak dipilih secara mengikut perlembagaan DAP, jadi itu sebenarnya mereka menyalahkan pihak lain iaitu RoS untuk menyelamatkan air muka mereka.
 
"Seboleh-bolehnya mereka tidak mahu mengadakan pemilihan CEC semula kerana saya pasti melihat pada politik dalaman DAP, DAP yang banyak dilanda masalah besar kemungkinan yang ada kumpulan CEC itu tidak akan dipilih semula sebahagian daripada mereka, bukan semua,"katanya.
 
Namun tambah Azmi, beliau yakin DAP akan akur kepada arahan ROS bagi menjamin parti mereka untuk bertanding pada PRU akan datang.
 
"Dan saya yakin walaupun mereka membantah tetapi kita lihat kalau kita tunggu dua hingga tiga minggu lagi, mereka akan mengadakan pemilihan sebenarnya kerana tidak ada cara lain, kerana CEC sekarang ni tidak sah dan kalau CEC tidak sah maka DAP sendiri itu juga tidak sah,"ujarnya lagi.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Tindakan RoS untuk menyelamatkan DAP - Penganalisis

Sekianlah artikel Tindakan RoS untuk menyelamatkan DAP - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan RoS untuk menyelamatkan DAP - Penganalisis dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/tindakan-ros-untuk-menyelamatkan-dap.html

Subscribe to receive free email updates: