Lokman: Pendakwaan DoJ, Simbol "Kelemahan" Perundangan Di AS !

Lokman: Pendakwaan DoJ, Simbol "Kelemahan" Perundangan Di AS ! - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lokman: Pendakwaan DoJ, Simbol "Kelemahan" Perundangan Di AS !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lokman: Pendakwaan DoJ, Simbol "Kelemahan" Perundangan Di AS !
link : Lokman: Pendakwaan DoJ, Simbol "Kelemahan" Perundangan Di AS !

Baca juga


Lokman: Pendakwaan DoJ, Simbol "Kelemahan" Perundangan Di AS !


SHAH ALAM: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) tidak sepatutnya mengambil tindakan berdasarkan khabar angin atau laporan yang dibuat oleh individu sahaja.

Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noradam berkata, DOJ sepatutnya sudah ada bukti kukuh sebelum memulakan proses pendakwaan.  

“Sejak DOJ melemparkan tuduhan liar berdasarkan laporan (Datuk) Khairuddin Abu Hassan (bekas pemimpin Umno) dan peguam Matthias Chang, mereka terus membuat dakwaan menggunakan Akta Kleptokrasi.

“Mereka sepatutnya berhati-hati mengeluarkan kenyataan atau mengambil tindakan undang-undang. Ia menggambarkan AS sebagai simbol betapa lemahnya sistem perundangan mereka,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian, hari ini.

Katanya, sehingga sekarang (setelah membuat pengumumam setahun lalu), tidak ada sebarang prosiding dilaksanakan.

“Sebelum ini tuduhan dilemparkan bila dekat dengan pilihan raya. Tetapi kini, jelas setiap tuduhan itu sengaja dibuat bagi memberi gambaran negatif terhadap pucuk pimpinan negara.

“Itu sebabnya, mereka sengaja menyebut tentang cincin yang kononya diberikan Low Teck Jho (Jho Low) kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Sedangkan cincin itu tidak ada dalam senarai yang mereka ingin rampas,” katanya.

Katanya, jika benar ada bukti, sudah lama pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini didakwa di mahkamah melalui prosiding Kanun Acara Jenayah dan bukan Akta Kleptokrasi yang menghalalkan DOJ untuk merampas harta sesiapa sahaja.

“Pihak pendakwaan pula perlu membuktikan orang yang dituduh sebagai bersalah. Ini jelas membuktikan DOJ mempunyai sistem perundangan yang tempang,” katanya.
Pada msaa sama, Lokman turut menyangkal, penutupan bank di Singapura membuktikan dakwaan DOJ mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah benar.

“Mereka ditahan atas kesalahan yang tiada kaitan dengan 1MDB. Tetapi saya tidak menafikan bahawa 1MDB pernah berurusan dengan bank berkenaan,” katanya.

Sementara itu, tegas Lokman, The Wall Street Journal (WSJ) tidak mempunyai bukti kukuh, apabila mengatakan sebanyak RM681 juta dimasukkan ke dalam akaun Najib melalui bank di Singapura adalah wang 1MDB.

“Sebaliknya mereka berdalih apabila peguam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, cuba mendapatkan penjelasan daripada WSJ. Itu masalah kita dengan kes itu.

“Ada yang pertikaikan kenapa, kita tidak saman sahaja WSJ. Bukan tidak mahu saman. Tetapi kita perlu faham, kita tidak boleh saman media di luar negara. Tetapi jika kenyataan itu dibuat di negara ini, tindakan saman boleh dibuat,” katanya.

Tambahnya, untuk memulakan prosiding saman, RM1 juta tidak cukup dan perlu pastikan boleh menang kes bagi mengelak negara menanggung kerugian yang lebih besar.

“Mereka ini hanya berani bercakap di luar sahaja. Sebab itu bila Tony Phua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) melemparkan tuduhan menggunakan bahan dari Sarawak Report, Najib saman.

“Yang ini, mereka yang tiada latar belakang undang-undang pun tidak faham (kenapa tidak saman WSJ). Yang tahu pula sengaja buat-buat tidak faham,” katanya. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Lokman: Pendakwaan DoJ, Simbol "Kelemahan" Perundangan Di AS !

Sekianlah artikel Lokman: Pendakwaan DoJ, Simbol "Kelemahan" Perundangan Di AS ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lokman: Pendakwaan DoJ, Simbol "Kelemahan" Perundangan Di AS ! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/lokman-pendakwaan-doj-simbol-kelemahan_10.html

Subscribe to receive free email updates: