Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan

Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan
link : Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan

Baca juga


Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan

OLEH LIZAWATI MADFA

DNS 2017


SHAH ALAM: Selangor sama sekali tidak bersetuju dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan dicadang Kerajaan Persekutuan kerana bakal membawa lebih banyak impak negatif terhadap ekonomi serta sektor pelancongan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Elizabeth Wong berkata, pelaksanaan cukai itu memberi kesan kepada terhadap jualan bilik hotel bertaraf empat dan lima bintang.

Katanya ia juga menyebabkan kenaikan kos lawatan melancong, seterusnya membantutkan perkembangan pelancongan di Selangor.

“Kerajaan Persekutuan dianggarkan bakal mengutip RM654.6 juta setahun hasil Cukai Pelancongan tetapi ke mana ia akan dibelanjakan masih kabur.

“Sehingga kini, kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) lebih RM41 bilion setahun juga masih gagal dipastikan ke mana ia dibelanjakan,” katanya pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han berhubung pendirian Kerajaan Negeri berhubung cukai berkenaan.

Elizabeth berkata, Kerajaan Persekutuan seharusnya memberikan jaminan bahawa hasil dikutip disalur terus bagi membina atau menambah baik infrastruktur pelancongan.

“Kerajaan Negeri syorkan semua hasil dikutip Jabatan Kastam daripada hotel di Selangor disalurkan semula kepada Kerajaan Negeri untuk membantu secara langsung sektor perhotelan dan pelancongan negeri ini,” katanya.=EZY=



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan

Sekianlah artikel Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak setuju pelaksanaan Cukai Pelancongan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/tak-setuju-pelaksanaan-cukai-pelancongan.html

Subscribe to receive free email updates: