29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana

29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana
link : 29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana

Baca juga


29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana

OLEH LIZAWATI MADFA

DNS 2017

SHAH ALAM: Sebanyak 29 hotel bertaraf empat dan lima bintang di Selangor dijangka terjejas dengan pelaksanaan Cukai Pelancongan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna , Elizabeth Wong berkata, ia membabitkan sejumlah 7,121 bilik ditawarkan di kesemua hotel berkenaan.

Katanya, 29 hotel itu juga dijangka menjana pendapatan RM99,694 sehari dan RM36.4 juta setahun, dengan anggaran 70 peratus dihuni.

“Pelaksanaan cukai ini juga dijangka memberi kesan kepada harga bilik hotel dalam pasaran.

“Hotel kebiasaannya sudah menjelaskan cukai tertentu, ditambah lagi dengan cukai terbaru, kos semestinya akan bertambah,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong, Ng Tien Chee berhubung kesan terhadap hotel di Selangor.

Elizabeth berkata, Kerajaan Negeri menggesa agar satu sistem dan hala tuju lengkap disediakan bagi pelaksanaan cukai berkenaan.

“Buat masa ini, Sarawak pun menggesa pelaksanaannya ditangguhkan sebab menyedari ia memerlukan masa untuk dilaksanakan.

“Kita percaya, sesuatu yang dilaksanakan secara tergesa-gesa dan dibuat dalam masa singkat selalunya tidak berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan tambahan ADN Kinrara, Ng Sze Han berhubung keupayaan Kerajaan Negeri untuk menangguhkan hasrat Kerajaan Persekutuan itu.=EZY=



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel 29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana

Sekianlah artikel 29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 29 hotel 4 dan 5 bintang terjejas jika Cukai Pelancongan dilaksana dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/29-hotel-4-dan-5-bintang-terjejas-jika.html

Subscribe to receive free email updates: