Rafizi dakwa Malaysia ‘derma’ RM142 juta kepada Arab Saudi

Rafizi dakwa Malaysia ‘derma’ RM142 juta kepada Arab Saudi - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi dakwa Malaysia ‘derma’ RM142 juta kepada Arab Saudi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi dakwa Malaysia ‘derma’ RM142 juta kepada Arab Saudi
link : Rafizi dakwa Malaysia ‘derma’ RM142 juta kepada Arab Saudi

Baca juga


Rafizi dakwa Malaysia ‘derma’ RM142 juta kepada Arab Saudi



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa bahawa Malaysia sebenarnya yang menderma kepada negara Arab Saudi, dan bukan sebaliknya.

Beliau merujuk kepada kerugian sebanyak RM142 juta oleh Prasarana Malaysia Bhd akibat pembabitannya dalam dua projek landasan kereta api di negara ini.

"Rakyat dapat melihat dengan jelas - yang menyumbang adalah Malaysia kepada Arab Saudi, bukannya Arab Saudi kepada Perdana Menteri Najib Razak," kata Rafizi pada sidang akhbar di bilik media Parlimen hari ini.

Projek kereta api Arab Saudi yang dirujuk oleh Rafizi itu adalah Al Mashaer Al Mugaddash Metro Southern Line (MMMSL) dan Makkah Shadow Operator.

Prasarana mempunyai kontrak RM930 juta untuk mengendalikan keretapi itu dari Disember 2014 hingga Mei 2018.

Rafizi berkata, berdasarkan laporan kewangan Prasarana yang bocor, yang diterimanya, menunjukkan bahawa menjelang Mei 2018, Prasarana akan kerugian SAR125 juta (RM142 juta) apabila jumlah pendapatan ditolak dengan kos operasi.

Beliau mendakwa bahawa jawapan parlimen bertulis daripada Kementerian Kewangan menyokong dokumen bocor yang diperolehinya itu.

Dalam jawapan bertarikh 24 Julai, Kementerian Kewangan menyatakan sehingga 30 Jun tahun ini, jumlah hasil daripada kedua-dua projek itu adalah RM580 juta, manakala jumlah perbelanjaan puloa adalah sebanyak RM679 juta.

Ini bersamaan dengan kerugian sebanyak RM99 juta.

Rafizi berkata laporan kewangan yang bocor itu menyatakan sehingga Mei 2017, jumlah hasil Prasarana daripada kedua-dua projek itu ialah SAR474 (RM530 juta), manakala jumlah perbelanjaan adalah SAR563 (RM630 juta).

Perbezaan antara dokumen bocor itu dan jawapan parlimen, katanya, berada dalam julat yang munasabah memandangkan perbelanjaan untuk bulan Jun dan Julai tidak diperincikan dalam laporan itu.

Walau bagaimanapun, jawapan parlimen juga menyatakan bahawa Prasarana telah membuat tuntutan sebanyak RM115 juta yang telah diluluskan tetapi belum diterima.

Malaysiakini telah menghubungi Prasarana untuk mendapatkan maklum balas mereka. - MK


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Rafizi dakwa Malaysia ‘derma’ RM142 juta kepada Arab Saudi

Sekianlah artikel Rafizi dakwa Malaysia ‘derma’ RM142 juta kepada Arab Saudi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi dakwa Malaysia ‘derma’ RM142 juta kepada Arab Saudi dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/rafizi-dakwa-malaysia-derma-rm142-juta.html

Subscribe to receive free email updates: