[LANTAK KO LA PAS] PRU14: Pas tidak jalin kerjasama dengan Umno

[LANTAK KO LA PAS] PRU14: Pas tidak jalin kerjasama dengan Umno - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [LANTAK KO LA PAS] PRU14: Pas tidak jalin kerjasama dengan Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [LANTAK KO LA PAS] PRU14: Pas tidak jalin kerjasama dengan Umno
link : [LANTAK KO LA PAS] PRU14: Pas tidak jalin kerjasama dengan Umno

Baca juga


[LANTAK KO LA PAS] PRU14: Pas tidak jalin kerjasama dengan Umno

PAS sudah tidak relevan dalam perjuangan menjatuhkan kerajaan BN sekarang. PAS nak jadi apa pon lantak ko lah, ada aku kesah?
Pakatan Harapan makin kukuh dan mantap walau tanpas PAS yang sombong dan angkuh. Pas yang dulu mengkafirkan UMNO sekarang menjilat BN yang kononnya melaksanakan undang-undang KAFIR penjajah.


kANGAR - Pas tidak pernah menjalin kerjasama dengan UMNO untuk menghadapi PRU14, kata setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, Pas hanya menjalin kerjasama dengan pihak-pihak yang mempunyai agenda sama dengan perjuangan parti itu seperti dalam isu Rang Undang-Undang 355 (RUU355).

“Majlis Syura Ulama telah menjelaskan tidak boleh bekerjasama (dengan Umno).

“Bagaimanapun dalam isu RUU355, kita bekerjasama dengan kerajaan pusat supaya rang undang-undang itu boleh dibentangkan di Parlimen,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis Hari Raya Aidilfitri Pas Perlis di markas parti itu di sini, hari ini.

Mengenai PRU14, Takiyuddin berkata Pas akan bertanding kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang dimenangi bekas rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat dan juga Umno.

“Kita mensasarkan memenangi tidak kurang 40 kerusi Parlimen termasuk kerusi yang dimenangi Umno selain PKR.

“Oleh kerana kita tiada lagi hubungan politik dengan PKR, kita akan tetap meletakkan calon di kerusi yang ditandingi parti itu yang kemungkinan boleh menang termasuk kerusi Umno,” kata Takiyuddin. – Bernama


LANTAK KO LAH PAS

Dengan menguasai kerusi campuran dan kerusi majoriti Cina serta memecahkan monopoli Umno di kawasan Felda, kebarangkalian Pakatan Harapan (PH) merampas Semenanjung Tanah Melayu dari Umno-BN dalam PRU14 cukup tinggi.
Dalam senario ini, PH sebenarnya tidak memerlukan Pas untuk bersama pakatan pembangkang, bahkan lebih molek seandainya Pas dan Umno-BN cepat-cepat bersatu, kata penganalisis ekonomi dan politik, Dr Rosli Yaakob.
Beliau menjelaskan, daripada 29 kerusi campuran, 10 dimenangi PKR, diikuti DAP (9), MCA (3), MIC (4), Gerakan (1), PSM (1) dan Pas (1).  Ini bermakna Pakatan Rakyat (PR) mendapat sokongan kuat di parlimen campuran dengan memenangi 21 daripada 29 kerusi atau 72%.
"Kebarangkaliannya cukup tinggi bahawa dalam PRU14 nanti kesemua kerusi ini boleh ditawan oleh PH terutamanya jika trend pengundi bukan Melayu menyokong PH berterusan seperti mana yang berlaku dalam PRU13 dahulu.
"Malahan jika berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi ini peluang calon PH menang lebih cerah berbanding calon Umno-BN apatah lagi calon Pas," ujar bekas ahli jawatankuasa Pas Pusat itu.
Menurut beliau,semua kerusi majoriti Cina di Semenanjung dimenangi DAP (22 kerusi) dan parti itu dijangka mengekalkan kemenangan total itu dalam PRU14 memandangkan parti-parti Cina yang lain masih lemah.

Sentimen anti-Cina yang kini menjadi mantera harian Umno dan Pas juga, jelas beliau mendorong pengundi Cina memilih DAP berbanding MCA atau Gerakan.
"Jadi hakikatnya, PH pun ada 'simpanan tetap' – kerusi majoriti Cina dan kerusi campuran berjumlah 51 kerusi (22 + 29) – hampir sama bilangannya dengan simpanan tetap Umno di kawasan Felda," ujarnya.
Menurut Dr Rosli, di Semenanjung Tanah Melayu Umno-BN menang tipis dengan 85 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (80 kerusi).
"Dalam PRU13, Sabah dan Sarawak penyelamat Umno. Merekalah sesungguhnya 'king maker'. Manfaatnya, cukup banyak pos-pos kabinet yang ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak perolehi," jelas beliau.
Namun beliau yakin Sabah bukan lagi simpanan tetap BN memandangkan Parti Warisan Sabah dibawah pimpinan Datuk Seri Shafie Afdhal mampu melakukan kejutan.
Sentimen anti-Semenanjung di Sabah dan laungan “Sabah untuk Orang Sabah” katanya, menyebabkan status Sabah sebagai simpanan tetap BN sudah pecah berderai.


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel [LANTAK KO LA PAS] PRU14: Pas tidak jalin kerjasama dengan Umno

Sekianlah artikel [LANTAK KO LA PAS] PRU14: Pas tidak jalin kerjasama dengan Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [LANTAK KO LA PAS] PRU14: Pas tidak jalin kerjasama dengan Umno dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/lantak-ko-la-pas-pru14-pas-tidak-jalin.html

Subscribe to receive free email updates: