ADUN gesa SPRM siasat Pegawai Khas Menteri Pengangkutan

ADUN gesa SPRM siasat Pegawai Khas Menteri Pengangkutan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN gesa SPRM siasat Pegawai Khas Menteri Pengangkutan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN gesa SPRM siasat Pegawai Khas Menteri Pengangkutan
link : ADUN gesa SPRM siasat Pegawai Khas Menteri Pengangkutan

Baca juga


ADUN gesa SPRM siasat Pegawai Khas Menteri Pengangkutan

Chon Siang (tiga, kanan) turut membuat laporan di IPD Kuantan, semalam

KUANTAN - PKR Kuantan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan segera terhadap Pegawai Khas Menteri Pengangkutan, Datuk Andrew Wong Kean Hwee bagi memastikan ketelusan dan kebebasan sistem pilihan raya di negara ini.

Adun Teruntum, Sim Chon Siang berkata, siasatan itu perlu diambil berikutan kenyataan Andrew dalam satu majlis di Sri Jaya pada 11 Julai lalu yang disifatkan berbaur ugutan dan rasuah.

Menurutnya, Andrew mendakwa geran RM5 juta setahun akan diagihkan kepada kawasan Parlimen sekiranya calon dari BN memenangi kerusi di Kuantan pada PRU14.

Kenyataan beliau (Andrew) amat terpesong dan berbaur ugutan kepada masyarakat dan cubaan untuk memanipulasi keputusan PRU14 dengan tawaran memberikan imbuhan wang kepada pengundi.

“Geran dinyatakan sebenarnya hak masyarakat Kuantan yang tidak termaktub kepada sebarang syarat kerana mereka pembayar cukai  dan berada dalam kawasan Parlimen kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Negeri, di sini semalam.

Chon Siang berkata, BN bertindak zalim kepada Ahli Parlimen dari pihak pembangkang dengan merampas hak untuk bersama dalam membuat keputusan pengagihan geran tersebut kepada pihak yang layak sejak 2008.

“Pengawalan penggunaan geran tersebut diletakkan di bawah seliaan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) akan tetapi disalurkan kepada wakil rakyat BN dan bukan wakil rakyat dipilih rakyat.

“Kenyataan Andrew juga dilihat untuk memanipulasi keputusan PRU14 supaya berpihak kepada BN,” dakwanya.
Sementara itu, Chon Siang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada kira-kira jam 10.45 pagi. - SH


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel ADUN gesa SPRM siasat Pegawai Khas Menteri Pengangkutan

Sekianlah artikel ADUN gesa SPRM siasat Pegawai Khas Menteri Pengangkutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADUN gesa SPRM siasat Pegawai Khas Menteri Pengangkutan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/adun-gesa-sprm-siasat-pegawai-khas.html

Subscribe to receive free email updates: