Ketua Pemuda MIC Tebrau letak jawatan

Ketua Pemuda MIC Tebrau letak jawatan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Pemuda MIC Tebrau letak jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Pemuda MIC Tebrau letak jawatan
link : Ketua Pemuda MIC Tebrau letak jawatan

Baca juga


Ketua Pemuda MIC Tebrau letak jawatan


JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda MIC Tebrau, Datuk Mohd Daniel Abdullah melepaskan kesemua jawatan dalam parti politik itu bermula semalam.

Peletakan jawatan beliau itu turut diiringi lima pimpinan tertinggi Pemuda MIC Tebrau menerusi satu sidang yang diadakan semalam.

Menurut Mohd Daniel, isu perkauman dan hal agama menjadi punca utama peletakan jawatan mereka selain hilang keyakinan terhadap jawatankuasa MIC Tebrau.

“Saya kecewa dengan pimpinan MIC bahagian kerana sanggup mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman yang mana dibuat selepas saya memohon untuk menjawat jawatan ketua masyarakat India di sini (Tebrau).

“Mereka juga sanggup memberi alasan bahawa saya tidak boleh memegang jawatan tersebut kerana beragama Islam malah meminta saya menukar agama sekiranya mahu menjawat jawatan itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Mohd Daniel berkata, peminggiran beberapa ahli pemuda di peringkat parti dan jawatan kerajaan juga menjadi punca beliau meletak jawatan.

“Saya kesal kerana agama menjadi punca ahli Pemuda yang lain tidak layak mendapat atau memegang jawatan tidak kira dari peringkat parti atau kerajaan. Perlukah mereka ini turut menerima tempias dengan status saya sebagai India beragama Islam?  

“Sepatutnya ia bukan menjadi masalah kerana saya buat kerja dan sentiasa menjalankan kebajikan terhadap masyarakat,” katanya.

Beliau juga turut menzahirkan kerisauan yang mana isu sensitif seperti itu boleh mengancam keharmonian dalam BN, sekali gus menjejaskan pandangan masyarakat terhadap pimpinannya.

“Kita duduk dalam satu rumpun, cuma agama sahaja berbeza dan saya masih belum lupa dengan tanggungjawab saya kepada orang-orang saya. Memang saya kecewa dan saya ambil keputusan untuk undur diri,” katanya yang sudah memeluk Islam sejak 2007 lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, pendiriannya masih tetap bersama MIC dan BN namun merasa kecewa dengan masalah yang berlaku di dalam pimpinan sayap bahagian. - 
SH


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Ketua Pemuda MIC Tebrau letak jawatan

Sekianlah artikel Ketua Pemuda MIC Tebrau letak jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Pemuda MIC Tebrau letak jawatan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/ketua-pemuda-mic-tebrau-letak-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates: