Judul : Ini Jawapan kepada “Jika Islam boleh, kenapa Kristian tidak boleh”
link : Ini Jawapan kepada “Jika Islam boleh, kenapa Kristian tidak boleh”
Ini Jawapan kepada “Jika Islam boleh, kenapa Kristian tidak boleh”
SAYA terkedu membaca sebuah artikel di portal berita Menara.my yang bertajuk, “Jika Islam Boleh, Kenapa Kistian Tidak Boleh – Pensyarah Universiti” di mana “seorang pensyarah universiti tempatan pada Sabtu lalu mempersoalkan jika orang Islam boleh berdakwah kepada orang-orang Kristian, kenapakah orang Kristian tidak boleh berbuat perkara yang sama?”
Menurut Menara.my, persoalan tersebut telah diutarakan oleh Helen Ting yang merupakan salah seorang felo utama di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia pada satu sesi soal jawab pada forum yang bertajuk “Deceitful? Distracting? Or Dedicated? Evangelicals and Current Controversies in Malaysia” anjuran Kairos Dialogue Network.
“If you think that it is okay to propagate your faith among Christians then, why is it that it is so wrong for Christians to do like that?”
~Helen Ting (Dipetik daripada Menara.my)
Orang bukan Islam dilarang berdakyah kepada orang Islam berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan; Ting hanya membuatkan dirinya dilihat tidak cerdik apabila buat-buat tidak tahu atau memang tidak tahu tentang perkara asas ini.
Halangan ini diperkukuhkan lagi oleh Seksyen 298A Akta Kanun Keseksaan yang melarang perkara yang boleh menyebabkan perpecahan di antara kaum dan agama.
Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menegaskan:
Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Menara.my seterusnya melaporkan bahawa felo utama IKMAS itu juga mempersoalkan “kalau Muslim rasa risau dengan kata-kata yang mahu mengadakan ‘Christian State’, bagaimana pula dengan perasaan bukan Islam yang mendengar ahli-ahli politik membincangkan tentang negara Islam dan sebagainya?”
Soalan ini tidak masuk akal dan amat dangkal sekali kerana sebagai felo utama IKMAS, Helen Ting sepatutnya tidak keliru tentang ideologi negara.
Malaysia ialah sebuah negara Islam, dan negeri-negeri yang membentuk Malaysia ini dahulunya adalah merupakan negara-negara kerajaan Melayu Islam yang berdaulat di bawah pemerintahan Raja-Raja Melayu masing-masing.
Jadi adalah tidak logik apabila Ting, sebagai seorang ahli akademik mahu menyamakan kebimbangan umat Islam bila negara Islam Malaysia mahu ditukarkan kepada Christian State yang tentunya mengancam kedaulatan negara dan mencabar kuasa Yang Di Pertuan Agong, dengan perasaan orang bukan Islam yang tidak suka bila disebut negara Islam Malaysia; walhal, Malaysia sememangnya sebuah negara Islam sejak dahulu lagi.
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan mengatakan:
“Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”
Di dalam penghakiman kes Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v. Menteri Dalam Negeri and Kerajaan Malaysia di Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan pada ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah menegaskan bahawa tujuan di masukkan kata-kata “dengan aman dan damai” ke dalam Perkara 3(1) adalah untuk melindungi kesucian Isalm sebagai agama negara dan juga untuk melindungi Islam daripada apa-apa ancaman yang dihadapi atau apa-apa kemungkinan dan kemungkinan ancaman terhadap agama Islam.
“It is my judgment that the purpose and intention of the insertion of the words: “in peace and harmony” in Article 3(1) is to protect the sanctity of Islam as the religion of the country and also to insulate against any threat faced or any possible and probable threat to the religion of Islam.”
Oleh itu amat jelas bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam, di mana agama Islam dilindungi oleh Perlembagaan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan selagi “aman dan damai” terhadap Islam dan tidak menimbulkan ancaman terhadap Islam iaitu agama negara.
Gesaan untuk membenarkan orang Kristian berdakyah kepada umat Islam dan niat untuk menukar Malaysia kepada sebuah Christian State bukan sahaja boleh menimbulkan ketegangan di antara agama, malah mempunyai kecenderungan mencabar dan menghalang Yang Di Pertuan Agong (sebagai Ketua Tertinggi Islam negara) daripada kedaulatan negara dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum di bawah Seksyen-Seksyen berikut Akta Kanun Keseksaan Malaysia:
- Seksyen 121B Akta Kanun Keseksaan
- Seksyen 121C Akta Kanun Keseksaan
- Seksyen 121D Akta Kanun Keseksaan
- Seksyen 298A Akta Kanun Keseksaan
(Untuk keterangan lanjut tentang Seksyen-Seksyen 121B, 121C, 121D dan 298A, sila rujuk “Menjawab Dr. Ariffin Omar: Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian city?”:
Kenyataan seterusnya oleh Ting yang dipetik Menara.my jelas menggambarkan sikap felo utama IKMAS itu yang gagal berpijak di bumi yang nyata dan telah mencabar Perlembagaan Persekutuan dengan merendahkan kedudukan agama Islam, seolah-olah kedudukan agama Islam di Tanah Air kita ini hanyalah setaraf dengan kedudukan agama-agama lain.
“For me, I feel this country is ours, everybody’s. There should not be a preference towards one religion.”
~Helen Ting (Dipetik daripada Menara.my)
Di dalam penghakiman kes Meor Atiqulrahman bin Ishak & Ors v Fatimah Sihi & Ors[2000] 1 MLJ 393, di Mahkamah Tinggi, hakim ketika itu, Tan Sri Mohd Noor Abdullah menegaskan:
Pada pendapat saya “Islam ialah ugama bagi Persekutuan tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai” bermakna Islam adalah ugama utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara ini seperti Kristian, Buddha, Hindu dan selainnya. Islam bukan setaraf dengan ugama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak. Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati – tinggi, teguh dan terampil. Jika bukan sedemikian Islam bukanlah ugama bagi Persekutuan tetapi adalah salah satu di antara beberapa ugama yang dianuti di negara ini dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan manamana ugama yang dianutinya, tiada lebih satu dari yang lain.
Tingginya kedudukan Islam sebagai agama negara adalah jelas kerana hanya nama Islam sahaja yang disebut, malah berkali-kali di dalam Perlembagaan,
Tiada nama agama-agama lain yang disebut di dalam Perlembagaan, agama-agama lain hanyalah dirujuk sebagai ‘agama-agama lain’.
Persekutuan Malaysia ini adalah sebuah negara Islam dan rakyat Malaysia yang taat dan sayangkan negaranya mesti patuh kepada undang-undang negara yang selama ini telah menyatukan rakyat Malaysia dan berjaya memelihara keamanan negara.
Seperti kata Aunty Prof. Dr Shamrahayu Abd Aziz, janganlah diruntuh rumah pusaka, yang saya rasa bermaksud, janganlah kita runtuhkan negara yang kita warisi ini kerana nantinya kita juga yang akan rugi dan menyesal; oleh itu kita mestilah memelihara dan menghargai keamanan negara yang telah kita warisi dari pengorbanan nenek moyang kita.
Helen Ting sebagai seorang pensyarah kanan universiti mestilah bersikap bertanggung jawab, bertindak dengan bijak dan apabila bercakap, mestilah berdasarkan fakta dan bukannya mengikut emosi dan persepsi.
Malangnya, terdapat ahli-ahli akademik yang bertindak memutar belitkan fakta untuk mencipta persepsi yang salah atau buruk terhadap suatu kebenaran demi mencapai tujuan tertentu.
Artikel ini diambil daripada blog Ahmad Ali Karim
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Ini Jawapan kepada “Jika Islam boleh, kenapa Kristian tidak boleh”
Sekianlah artikel Ini Jawapan kepada “Jika Islam boleh, kenapa Kristian tidak boleh” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ini Jawapan kepada “Jika Islam boleh, kenapa Kristian tidak boleh” dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/ini-jawapan-kepada-jika-islam-boleh.html