DAP: MRT ‘bertaraf dunia’ perlu penambahbaikan

DAP: MRT ‘bertaraf dunia’ perlu penambahbaikan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP: MRT ‘bertaraf dunia’ perlu penambahbaikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP: MRT ‘bertaraf dunia’ perlu penambahbaikan
link : DAP: MRT ‘bertaraf dunia’ perlu penambahbaikan

Baca juga


DAP: MRT ‘bertaraf dunia’ perlu penambahbaikan

 
Tak cukup bas penghantar dan liputan tidak meluas, Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran menggesa kerajaan menerima kekurangan sistem MRT.


rajiv-mrt-3


PETALING JAYA: Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran berkata Perdana Menteri perlu mengakui sistem Transit Aliran Massa (MRT) perlu penambahbaikan daripada membandingkan ia kepada sistem di London dan New York.

Dalam kenyataan hari ini, Rajiv berkata Najib “mengabaikan tanda-tanda bahaya dan dikelilingi tukang angguk”.

“Sistem MRT sesuatu yang baik, tetapi lebih baik jika kita akui penambahbaikan perlu dilakukan dan adakan suatu pelan tindakan, daripada menganggap kita yang terbaik di dunia,” katanya.

Pada pelancaran Fasa ke-2 MRT laluan Semantan-Kajang hari ini, Najib berkata beliau diberitahu sistem MRT Malaysia lebih baik dari London, New York dan Hong Kong, dan setaraf Singapura.
Dalam laporan The Star, perdana menteri menambah sistem MRT Malaysia “bertaraf dunia”.

Bagaimanapun, Rajiv berkata sistem MRT tidak mempunyai ketersambungan yang baik kerana hanya yang berada dalam jarak berjalan kaki dari stesen atau boleh memandu ke situ serta menggunakan kemudahan parkir dapat menggunakannya.

“Ramai tidak dapat menggunakannya kerana bas penghantar tidak mencukupi.”

Beliau berkata Malaysia memiliki 1,500 bas berbanding London 7,500 bas dan Hong Kong 10,000 bas, dan menambah tidak banyak bas tidak bergerak kerana ketiadaan pemandu.

“Pengangkutan awam mesti menghubungkan semua tempat. Jika tidak, ramai tidak dapat menggunakannya, walaupun kamu menetap atau bekerja di sebelah stesen MRT.”

Rajiv berkata kerajaan Selangor sudah mengenalpasti 12 laluan kereta api untuk dibina.

Beliau berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan kerajaan persekutuan mesti mengiktiraf dan merancang laluan itu untuk menyediakan liputan holistik di Lembah Klang.

Beliau juga mengkritik tambang MRT yang dikatakan terlalu mahal.

“Sudah sampai masanya kita adakan semula pas bulanan. Tambang pengguna pengangkutan awam kini boleh mencecah lebih RM200-RM300 sebulan, menjadikan pengangkutan awam tidak menarik”.

Beliau menambah tambang dari stesen hujung ke hujung berharga RM6.40 berbanding di Singapura S$2.28 (RM7.15).



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel DAP: MRT ‘bertaraf dunia’ perlu penambahbaikan

Sekianlah artikel DAP: MRT ‘bertaraf dunia’ perlu penambahbaikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP: MRT ‘bertaraf dunia’ perlu penambahbaikan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/dap-mrt-bertaraf-dunia-perlu.html

Subscribe to receive free email updates: