CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah

CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah
link : CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah

Baca juga


CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah





ALOR SETAR: Kepemimpinan DAP perlu patuh dan tidak bersikap angkuh dengan mematuhi arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).


Bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik, berkata beliau sememangnya sudah mengetahui masalah yang berlaku malah turut membangkitkan isu terbabit berbulan-bulan bagi menyelamatkan DAP di Kedah.

Katanya, keputusan ROS yang mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC adalah mengikut undang-undang yang adil.

“Kepemimpinan DAP dan CEC jangan angkuh dan degil kerana ROS sudah nyatakan keputusan. Buatlah pemilihan semula dan kali ini lakukan dengan telus supaya hak ahli terbela.

“Tindakan ROS ini bukanlah disengajakan untuk menyusahkan DAP tetapi ia adalah hasil siasatan yang dilakukan secara adil maka hormatilah arahan terbabit.

“Bagi kepemimpinan DAP Kedah yang dilantik CEC pada 2013, berundurlah secara terhormat kerana keputusan yang dibuat ROS jelas menunjukkan lantikan terbabit tidak sah,” katanya yang dihubungi BH.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah, hari ini bahawa ROS akan mengeluarkan arahan kepada DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu.

Empat tahun lalu, DAP Kedah berdepan kemelut dua `kapal’ berbeza selepas Guan Aik, diarah melepaskan jawatan berkenaan bagi memberi laluan kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, yang dilantik CEC DAP ketika itu.

Tindakan CEC yang dianggap melangkaui pengesahan ROS, Guan Aik yang dilantik secara sah dalam mesyuarat agung DAP 2008 dengan mengikut perlembagaan kemudian menghantar dua surat kepada ROS, termasuk pada 3 Oktober 2013, supaya agensi berkenaan menyiasat perkara itu.

Guan Aik berkata, beliau akan memanggil semua kepemimpinan DAP Kedah yang disingkirkan CEC yang dipimpin Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, bagi membincangkan perkara ini.

“Saya harap apabila Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ketiga ini selepas AGM yang berlangsung pada 2012 dan 2013 mengalami kepincangan diadakan semula, ROS perlu menjadi badan pemerhati utama supaya ia berlangsung dengan telus,” katanya – bharian



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah

Sekianlah artikel CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/07/cec-dap-akur-keputusan-ros-jangan.html

Subscribe to receive free email updates: