[Video] Tidak Memerlukan Pernafasan Mulut-Ke-Mulut, ‘Hands-On Only CPR’ Tindakan Pantas Yang Mungkin Boleh Menyelamatkan Nyawa

[Video] Tidak Memerlukan Pernafasan Mulut-Ke-Mulut, ‘Hands-On Only CPR’ Tindakan Pantas Yang Mungkin Boleh Menyelamatkan Nyawa - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video] Tidak Memerlukan Pernafasan Mulut-Ke-Mulut, ‘Hands-On Only CPR’ Tindakan Pantas Yang Mungkin Boleh Menyelamatkan Nyawa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video] Tidak Memerlukan Pernafasan Mulut-Ke-Mulut, ‘Hands-On Only CPR’ Tindakan Pantas Yang Mungkin Boleh Menyelamatkan Nyawa
link : [Video] Tidak Memerlukan Pernafasan Mulut-Ke-Mulut, ‘Hands-On Only CPR’ Tindakan Pantas Yang Mungkin Boleh Menyelamatkan Nyawa

Baca juga


[Video] Tidak Memerlukan Pernafasan Mulut-Ke-Mulut, ‘Hands-On Only CPR’ Tindakan Pantas Yang Mungkin Boleh Menyelamatkan Nyawa

Foto; doktorn

Bila mana dalam kawasan tumpuan ramai, sama ada di pusat membeli belah, atau kawasan pejalan kaki, kita pastinya akan berdepan dengan kesesakan yang amat sangat. Di mana orang ramai akan berpusu-pusu berjalan untuk ke destinasi mereka.

Mungkin dalam keadaan ini, ada kemalangan yang berlaku, yang mana orang awam, iaitu warga emas, atau anak muda yang tiba-tiba jatuh tidak sedarkan diri.

Dalam kekalutan itu, mungkin dengan ilmu yang ada, sebiknya kita boleh lakukan seperti yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Firdaus ini, iaitu ‘Hands Only CPR’, setelah membuat panggilan kecemasan.

Mari kita ikuti cara bagaimana untuk melakukannya.

Foto: remoremedicalinternational
'Hands Only CPR'

Tengah seronok membeli belah di Kota Raya, tiba - tiba nampak seorang pakcik berumur 60an rebah tak sedarkan diri. Tangannya mencengkam dada.

Apa nak buat?


A. Panggil bantuan orang ramai untuk menghubungi 999.
B. Keluarkan telefon bimbit dan rakam video untuk Facebook Live.
C. Pandang tempat lain. Buat - buat tak nampak dan sambung membeli belah di kedai lain.

Hah? Cepat pilih jawapan yang jujur.
Harap harap jawapan anda A: panggil bantuan.

Tapi apa nak buat sementara tunggu ambulans? Dengan jalan 'jam' & pemandu Malaysia yang gemar menggunakan lorong kecemasan, pasti agak lama sebelum ambulans sampai.

Pasti anda pernah lihat di kaca TV pelakon tampan seperti David Hasselhoff melakukan cardiopulmonary resuscitation (CPR).

"Tapi saya geli nak buat 'cium - cium' di khalayak ramai. Takut ada penyakit berjangkit pula."

'Cium - cium' yang dimaksudkan adalah mouth to mouth ventilation. Bukan cium semata mata, tapi memberikan bantuan nafas.

Kalau geli atau risaukan jangkitan kuman, jangan risau. Jangan menjadikan ia sebab untuk tidak membantu mangsa. Bantuan CPR awal, meningkatkan kebarangkalian mangsa selamat (increase chances of survival).

Foto: preparesocal
Lakukan HANDS ONLY CPR. Hanya gunakan tangan tanpa pernafasan mulut ke mulut. Bagaimana caranya?

1. Keadaan sekeliling perlulah selamat. Pastikan diri anda dalam keadaan selamat terutamanya. Jika mangsa di tempat yang bahaya, bawa mangsa ke tempat yang selamat. (DANGER)

2. Tepuk bahu mangsa dan panggil mereka dengan kuat. Ini bertujuan mengenalpasti jika mangsa mempunyai tindak balas. Pada masa yang sama lihat jika mangsa bernafas dalam tempoh 10 saat. (RESPONSE)

3. Jika mangsa tidak bernafas atau tidak memberi tindak balas, panggil ambulans dengan membuat panggilan ke talian 999 dan minta dapatkan AED (Automated External Defibrillator). (SEND FOR HELP)

Foto: foxnews
4. Letakkan tangan anda dalam genggaman (tangan dominan menggegam tangan bukan dominan) di tengah dada atau bahagian bawah tulang dada (lower half of sternum).

5. Tekan dada mangsa sedalam 5-6cm atau 2 inci. Pastikan dada kembali semula ke keadaan asal selepas setiap tekanan dada. (Allow complete chest recoil).

6. Tekan dada pada kadar 100 hingga 120 seminit. Jika lihat kempen di US dan UK, mereka menggunakan tempo lagu Staying Alive dari Bee Gees. Jika ada cadangan lagu Malaysia, sila letakkan cadangan di ruang komen.

7. Jangan berhenti menekan dada mangsa sehingga ambulans tiba. Jika ada orang lain bersama anda, lakukan tekanan dada ini secara bergilir bagi mengelakkan keletihan dan kepenatan yang akan mengurangkan kualiti tekanan dada.

Boleh ingatkan langkah - langkah ini?

Mana yang dah ada sijil Basic Life Support tu, sila buat betul-betul ya. Ikut langkah DRSABCD. Hands only CPR ini, untuk orang awam. Sekurang - kurangnya tidak lah duduk melangut sahaja.

Boleh kan? Anda boleh menyelamatkan nyawa. Semuanya di tangan anda.

Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Presiden dan Pengasas
Medical Mythbusters Malaysia


Chain of Survival: Pengesanan awal kejadian cardiac arrest dan permulaan awal CPR meningkat peluang mangsa selamat


- Siakap Keli

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6SR6J

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel [Video] Tidak Memerlukan Pernafasan Mulut-Ke-Mulut, ‘Hands-On Only CPR’ Tindakan Pantas Yang Mungkin Boleh Menyelamatkan Nyawa

Sekianlah artikel [Video] Tidak Memerlukan Pernafasan Mulut-Ke-Mulut, ‘Hands-On Only CPR’ Tindakan Pantas Yang Mungkin Boleh Menyelamatkan Nyawa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video] Tidak Memerlukan Pernafasan Mulut-Ke-Mulut, ‘Hands-On Only CPR’ Tindakan Pantas Yang Mungkin Boleh Menyelamatkan Nyawa dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/video-tidak-memerlukan-pernafasan-mulut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :