Judul : Tak sanggup nak makan, arnab panggang menyerupai kucing di Bazar Ramadan
link : Tak sanggup nak makan, arnab panggang menyerupai kucing di Bazar Ramadan
Tak sanggup nak makan, arnab panggang menyerupai kucing di Bazar Ramadan
Gambar arnab panggang yang dijual di bazar Ramadan Guntong Luar Setiu, Terengganu menjadi tular di laman sosial.
Seorang pembeli yang menggunakan pengenalan diri Long Kuning di Facebook telah memuat naik beberapa keping gambar makanan eksotik tersebut.
Bagaimanapun, netizen mula menyuarakan rasa tidak senang dengan gambar terbabit yang disifatkan menyerupai kucing panggang.
Sehubungan itu pemiliknya, Mohd Ebbie Shafiean tampil menjelaskan keadaan sebenar bahawa hidangan yang dijualnya adalah arnab panggang dan halal untuk dimakan.
“Jangan kecam ambo (saya), ambo jual arnab, barang halal, bukan barang haram,” tulisnya menerusi status di laman Facebook, semalam, seperti yang dipetik AstroGempak.
Mohd Ebbie turut menjelaskan bentuk arnab yang dijualnya lebih panjang daripada saiz asal haiwan itu kerana cara memasak dan sudut gambar diambil.
Dia turut memaklumkan disebabkan gambar tersebut menjadi tular telah membantu meningkatkan jualan arnab panggangnya.
Malah, semua stok hidangan itu telah habis dijual dan ditambah kuantiti jualan pada minggu hadapan.
Sumber :
– www.suara.tv
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t4OGWu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Tak sanggup nak makan, arnab panggang menyerupai kucing di Bazar Ramadan
Anda sekarang membaca artikel Tak sanggup nak makan, arnab panggang menyerupai kucing di Bazar Ramadan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/tak-sanggup-nak-makan-arnab-panggang.html