Takut Nak Terbang Ke Hong Kong Kerana Tiada Makanan Halal Ini 5 Restoran Halal Yang Sedap Sehingga Menjilat Jari

Takut Nak Terbang Ke Hong Kong Kerana Tiada Makanan Halal Ini 5 Restoran Halal Yang Sedap Sehingga Menjilat Jari - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Takut Nak Terbang Ke Hong Kong Kerana Tiada Makanan Halal Ini 5 Restoran Halal Yang Sedap Sehingga Menjilat Jari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Takut Nak Terbang Ke Hong Kong Kerana Tiada Makanan Halal Ini 5 Restoran Halal Yang Sedap Sehingga Menjilat Jari
link : Takut Nak Terbang Ke Hong Kong Kerana Tiada Makanan Halal Ini 5 Restoran Halal Yang Sedap Sehingga Menjilat Jari

Baca juga


Takut Nak Terbang Ke Hong Kong Kerana Tiada Makanan Halal Ini 5 Restoran Halal Yang Sedap Sehingga Menjilat Jari

Abang Nara sudah 2 kali membawa keluarga bercuti di Hong Kong.

tahun lepas siap sambut anniversary perkahwinan di Hong Kong Disneyland

First time merancang percutian ke Hong kong, perkara pertama bermain di minda ialah ada ke makanan halal nie. Cuak juga takut kelaparan terpaksa makan roti, biskut dan minum air je di sana. Kang tak pasal-pasal kebuluran pulak.

hong kong air asia

jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan malam Hong Kong dengan Symphony of Lights Hong Kong Harbor Night Cruise

Rupa-rupanya memang banyak restoran halal yang ada di Hong Kong. Malah di destinasi pelancongan seperti Hong Kong Disneyland disediakan beberapa restoran halal untuk memudahkan para pengunjung beragama Islam. Memang sepanjang percutian kami di Hong Kong, tiada kerisauan langsung bab makanan. Sesungguhnya Hong Kong memang muslim friendly.

hnog kong air asia

bangunan-bangunan di Hong Kong pun banyak yang unik dan menarik. Paling penting penuh dengan sejarah

Jadi sekiranya selama ini anda membatalkan hasrat untuk terbang ke Hong Kong kerana takut tiada makanan halal, silalah buang ketakutan anda itu. Untuk menambahkan keyakinan anda, Abang Nara kongsikan 5 restoran halal di Hong Kong yang popular, sedap dan confirm menjilat jari.

1. Islamic Centre Canteen

Salah satu perkara yang wajib dilakukan apabila menjejakkan kaki ke Hong Kong ialah mencuba dim sum halal di Islamic Centre Canteen.hong kong air asia

Kalau tak silap Abang Nara, inilah satu-satunya tempat di mana anda boleh mendapatkan dim sum halal di Hong Kong. Dan berdasarkan review di Internet, kelazatan dim sumnya memang tidak terperi. Lagi best sebab banyak jenis dim sum yang disediakan. Pening kepala nak memilih.

hong kong air asia

antara jenis-jenis dim sum yang disediakan di Islamic Centre Canteen

Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 9 malam, alamat penuh Islamic Centre Canteen ini ialah 5/F, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Yat Sin St, Wan Chai, Hong Kong. Nasihat Abang Nara, pastikan perut anda kosong ketika menuju ke sini. Bolehlah makan dim sum banyak-banyak.

2. Restoran Wai Kee

Antara makanan paling popular di hong Kong sudah tentu itik panggang. Boleh meleleh air liur melihat kerangupan kulitnya, kesegaran dagingnya dan juga aroma bau yang cukup menggiurkan.

hong kong air asia

kalau pergi Hong Kong tak cuba roasted duck memang tak lengkap percutian anda

Restoran Wai Kee menyediakan itik panggang halal yang sangat-sangat sedap untuk dinikmati oleh Muslim. Tengok gambar pun dah terliur dibuatnya. Insya Allah percutian kali ketiga ke Hong Kong nanti Abang Nara nak pergi makan itik panggang di Wai Kee.

hong kong air asia

sedapnyaaaaaaaaaaaa

Banyak juga menu halal lain yang disediakan di sini seperti ayam kari, sup, kari lembu dan mee kari. Dibuka pada jam 10 pagi sehingga 6 petang, Restoran Wai Kee beroperasi di alamat No 5, Cooked Food Centre, 1st Floor, Bowrington Road Market, Wanchai, Hong Kong.

3. Restoran Ebeneezers Kebab & Pizzerria Tsim Sha Tsui

Sekiranya tiba-tiba anda teringin nak makan kebab, nasi beriani, shawarma atau pizza ketika berada di Hong Kong, maka teruslah pergi ke restoran ini. Berdasarkan review-review yang ditulis, kebab yang disediakan di sini memang sedap tak ingat. Satu tak cukup, mesti kena order dua.
hong kong air asia

Kepelbagaian menu di restoran ini cukup menarik kerana ia menyediakan makanan dari Middle East dan juga India. Confirm puas hati. Alamatnya ialah Shop G01C, G/F, Astoria Building, 24-38 Ashley Road, Tsim Sha Tsu, Hong Kong.

4. PappaRich Malaysian Delights
hong kong air asia

Kebiasaannya apabila kita berada di luar negara, keinginan untuk memakan makanan Malaysia akan muncul secara tiba-tiba. Membuak-buak tak boleh tahan. Sekiranya anda berada di Hong Kong, tak perlu risau kerana PappaRich ada di sana. Yeah!!!!

hong kong air asia

hong kong air asia

hong kong air asia

Adui terus terasa nak pergi makan PappaRich. Jadi sekiranya anda berada di Hong Kong, ini alamatnya 4/F, The L. Square, 459-461 Lockhart Road, Causeway Bay, Hong Kong.

5. Restoran Explorers Club di Hong Kong Disneyland

Seperti yang Abang Nara katakan di awal artikel ini, memang banyak restoran halal dan makanan halal yang disediakan di dalam Hong Kong Disneyland. Jadi anda tak perlu risau untuk menghabiskan masa sehari suntuk di sini. Lapar je boleh pergi makan. Salah satu yang -cukup popular ialah Restoran Explorers Club.

hong kong

salah satu restoran halal di HK Disneyland, Explorers Club

Antara menu-menu yang popular di nasi ayam, nasi goreng Malaysia, Shabu shabu dan banyak lagi. Siap boleh pening kepala nak memilih. Yang penting semuanya sedap-sedap belaka.

hong kong

antara menu-menu yang ada di Explorers Club

Selain Restoran Explorers Club, ada juga restoran yang menyediakan makanan halal di Tahitian Terrace. Malah sekiranya anda tinggal di Disneys Hollywood Hotel atau Hong Kong Disneyland Hotel, anda juga boleh mendapatkan makanan halal dengan mudah.
hong kong air asia

Sudah pasti anda sekarang dah tiada sebarang kerisauan dan ketakutan untuk terbang ke Hong Kong kan? Dah ready nak cuba makan makanan halal di sana? Sekiranya anda dah ready, Abang Nara ada berita baik untuk anda. Air Asia sekarang sedang mengadakan promosi terbang ke Hong Kong dari Kuala Lumpur dengan hanya RM229 sahaja (all in fare). Inilah masa untuk anda menikmati keindahan, kemodenan dan keunikan Hong Kong pada harga yang berbaloi-baloi. Tempah sekarang dan terbang sehingga 23 November 2017 di www.airasia.com sebelum terlewat. Selamat menikmati keindahan dan kelazatan makanan halal di Hong Kong.

Sumber: Beautifulnara



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sInLU2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Takut Nak Terbang Ke Hong Kong Kerana Tiada Makanan Halal Ini 5 Restoran Halal Yang Sedap Sehingga Menjilat Jari

Sekianlah artikel Takut Nak Terbang Ke Hong Kong Kerana Tiada Makanan Halal Ini 5 Restoran Halal Yang Sedap Sehingga Menjilat Jari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Takut Nak Terbang Ke Hong Kong Kerana Tiada Makanan Halal Ini 5 Restoran Halal Yang Sedap Sehingga Menjilat Jari dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/takut-nak-terbang-ke-hong-kong-kerana.html

Subscribe to receive free email updates: