Taktik Baharu Sewa Lot Bazar Ramadan Di Jalan TAR

Taktik Baharu Sewa Lot Bazar Ramadan Di Jalan TAR - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Taktik Baharu Sewa Lot Bazar Ramadan Di Jalan TAR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Taktik Baharu Sewa Lot Bazar Ramadan Di Jalan TAR
link : Taktik Baharu Sewa Lot Bazar Ramadan Di Jalan TAR

Baca juga


Taktik Baharu Sewa Lot Bazar Ramadan Di Jalan TAR

KUALA LUMPUR – Isu golongan individu menyewa petak bazar Ramadan yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada golongan peniaga di Jalan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini bukan sesuatu yang baharu malah berlaku sejak beberapa tahun.

Justeru, DBKL telah melakukan pelbagai insiatif bagi mengekang gejala tersebut, antara lain mengenakan kompaun RM1,000 kepada peniaga yang menyewa lot gerai mereka kepada pihak ketiga, merampas barangan serta nama mereka disenaraihitamkan daripada memohon lesen perniagaan.

Namun begitu, inisiatif yang diambil oleh pihak berkuasa itu gagal mengatasi masalah di dua kawasan itu umpama ‘pisang goreng panas’, bahkan individu yang memperoleh lot berkenaan jelas melanggar syarat ditetapkan dengan sentiasa mencari jalan untuk mengaut keuntungan atas angin.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata DBKL tidak pernah mengenakan sewa tinggi malah kebiasaan pada kadar di bawah RM1,000 sepanjang bulan Ramadan.

Namum, katanya, peniaga yang tidak bertanggungjawab muncul setiap musim Ramadan di lokasi berkenaan dengan taktik baharu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurutnya, salah satu taktik terbaharu yang dikesan oleh DBKL ialah peniaga yang berjaya mendapat lot berkenaan akan mendaftar penyewa atau pihak ketiga sebagai pekerja atau pembantu bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Katanya, taktik licik itu sukar dikesan namun DBKL telah menempatkan anggota penguat kuasa sepanjang masa di kawasan berkenaan bagi menangani masalah tersebut.

“Kami akan terus memburu mereka ini sebab agak keterlaluan mereka menyewakan tapak sehingga RM20,000 sedangkan kami (DBKL) sewakan tapak itu sangat rendah.

“Kami wujudkan peluang perniagaan di bulan yang mulia tapi mereka sanggup mengambil kesempatan dan ini yang yang membuat saya rasa kecewa,” katanya kepada Bernama.

Katanya, sejumlah 5,000 peniaga telah memohon untuk mendapat lot bazar di dua kawasan tersebut tetapi DBKL hanya dapat menyediakan 400 lot sahaja berikutan pelaksanaan projek ‘River of Life’ di kawasan berkenaan.

Difahamkan, dua kawasan tersebut menjadi rebutan golongan peniaga yang sanggup membayar sewa antara RM7,000 sehingga RM55,000 untuk berniaga di kawsan itu sepanjang Ramadan – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tigFCI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Taktik Baharu Sewa Lot Bazar Ramadan Di Jalan TAR

Sekianlah artikel Taktik Baharu Sewa Lot Bazar Ramadan Di Jalan TAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Taktik Baharu Sewa Lot Bazar Ramadan Di Jalan TAR dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/taktik-baharu-sewa-lot-bazar-ramadan-di.html

Subscribe to receive free email updates: