Skuad Hoki Wanita Bangkit Kalahkan Pinoke 4-2

Skuad Hoki Wanita Bangkit Kalahkan Pinoke 4-2 - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skuad Hoki Wanita Bangkit Kalahkan Pinoke 4-2, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad Hoki Wanita Bangkit Kalahkan Pinoke 4-2
link : Skuad Hoki Wanita Bangkit Kalahkan Pinoke 4-2

Baca juga


Skuad Hoki Wanita Bangkit Kalahkan Pinoke 4-2

KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita negara terus mempamerkan aksi menyakinkan menjelang pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL) di Brussels, Belgium dari 21 Jun hingga 2 Julai ini.

Dalam aksi pemanas kedua di Amsterdam pada Khamis (waktu tempatan), skuad Malaysian Tigress bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menewaskan kelab Belanda, Pinoke 4-2.

Ini merupakan kemenangan kedua bagi skuad kendalian Muhammad Dharma Raj Abdullah yang membenam kelab HIC 3-1 sehari sebelum itu.

Skuad tuan rumah selesa di depan menerusi dua jaringan awal pada minit ke-18 dan ke-36, sebelum Hanis Nadiah Onn menjaringkan gol pertama negara seminit kemudian.

Malaysia yang melakukan serangan bertali-arus, berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-41 menerusi Fatin Shafika Mohd Sukri dan diikuti oleh jaringan Fazilla Sylverster Silin enam minit kemudian yang meletakkan skuad negara di depan.

Pemain muda negara, Wan Norfaiezah Md Saiuti, 21, melakukan gerakan bijak untuk mengesahkan kemenangan 4-2 menerusi jaringan menakjubkan pada minit ke-56.

“Wan Norfaezah membuat jaringan menakjubkan dengan gerakan solo sebelum melepakan bola di sudut atas kiri gawang yang mengejutkan semua orang di stadium termasuk saya. Memang bagus dapat menewaskan Pinoke kerana kita seri 1-1 dengan mereka semasa perlawanan jelajah kami,” kata Dharma Raj.

Skuad Malaysian Tigress meneruskan persiapan WHWL dengan mengharungi satu lagi aksi pemanas badan menentang kelab Hurley, sebelum meneruskan perjalanan ke Brussels.

Malaysia akan memulakan kempen WHWL menentang Australia pada 21 Jun, diikuti Sepanyol (22 Jun), Belgium (24 Jun) dan New Zealand (27 Jun) dalam aksi peringkat Kumpulan B.

Hanya empat pasukan teratas kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir, yang juga merupakan kelayakan untuk Piala Dunia 2018 di London. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s41bE1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Skuad Hoki Wanita Bangkit Kalahkan Pinoke 4-2

Sekianlah artikel Skuad Hoki Wanita Bangkit Kalahkan Pinoke 4-2 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skuad Hoki Wanita Bangkit Kalahkan Pinoke 4-2 dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/skuad-hoki-wanita-bangkit-kalahkan.html

Subscribe to receive free email updates: