Penolong Pegawai Veterinar Didakwa Terima Rasuah

Penolong Pegawai Veterinar Didakwa Terima Rasuah - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penolong Pegawai Veterinar Didakwa Terima Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penolong Pegawai Veterinar Didakwa Terima Rasuah
link : Penolong Pegawai Veterinar Didakwa Terima Rasuah

Baca juga


Penolong Pegawai Veterinar Didakwa Terima Rasuah

JOHOR BAHRU – Seorang Penolong Pegawai Veterinar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap empat pertuduhan menerima suapan bernilai RM35,000 daripada seorang kontraktor di antara Ogos 2013 dan April 2014.

Ketua Unit Ruminan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor Mohd Razi Basar, 40, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Razi yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya sebagai Pegawai Projek Pembekalan di Jabatan Veterinar Johor, didakwa menerima sekeping cek bernilai RM5,000 dan RM10,000 daripada kontraktor berkenaan Sarjuni Kariani tanpa sebarang balasan.

Ia bagi membantu Sarjuni mendapatkan kerja membekal dan menghantar 10 pejantan dan 50 ekor betina kerbau baka sawah kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Kampung Belahan Tompok, Rengit, dekat Batu Pahat, pada 1 Ogos dan 22 Okt 2013.

Bagi pertuduhan ketiga, Mohd Razi didakwa menerima sekeping cek untuk dirinya bernilai RM17,000 di atas nama isterinya, Suriana Abdul Karim, tanpa sebarang balasan daripada Sarjuni di alamat sama pada kira-kira 8.30 malam, 21 Jan 2014.

Penerimaan cek itu diketahui ada kaitan dengan tugas rasminya iaitu sebagai pegawai yang bertanggungjawab memperaku penerimaan barang-barang bagi kerja membekal dan menghantar lima unit tangki air plastik bergerak kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor.

Bagi pertuduhan keempat, Mohd Razi didakwa menerima sekeping cek untuk dirinya bernilai RM3,000 atas nama Suriana daripada Sarjuni di alamat sama pada kira-kira 9 malam, 10 April 2014.

Penerimaan cek itu diketahui ada kaitan dengan tugas rasminya iaitu pegawai yang bertanggungjawab memperakukan penerimaan barang-barang bagi kerja menghantar 340 beg makanan ternakan kambing dan membekal 10 unit pagar cyclone kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor serta membekal bahan-bahan binaan untuk membaikpulih kandang lembu di Batu Pahat.

Bagi keempat-empat pertuduhan itu, Mohd Razi didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

​​Peguam M.Manian memohon mahkamah menetapkan wang jaminan yang munasabah dengan alasan tertuduh mempunyai seorang isteri, tiga anak berumur dua hingga tujuh tahun selain tertuduh memberi kerjasama berhubung siasatan kes berkenaan.

Hakim Mohd Fauzi membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin dan perlu melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat pada minggu pertama setiap bulan sehingga kes selesai.

Pendakwaan terhadap Mohd Razi dikendalikan Timbalan Pendakwa SPRM Khazrin Haffiz Khalil dan mahkamah menetapkan 26 Julai depan untuk sebutan semula kes berkenaan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sNS7nK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Penolong Pegawai Veterinar Didakwa Terima Rasuah

Sekianlah artikel Penolong Pegawai Veterinar Didakwa Terima Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penolong Pegawai Veterinar Didakwa Terima Rasuah dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/penolong-pegawai-veterinar-didakwa.html

Subscribe to receive free email updates: