Jabatan Perikanan Perak Rampas Bot & Alat Tangkap Ikan

Jabatan Perikanan Perak Rampas Bot & Alat Tangkap Ikan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Perikanan Perak Rampas Bot & Alat Tangkap Ikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Perikanan Perak Rampas Bot & Alat Tangkap Ikan
link : Jabatan Perikanan Perak Rampas Bot & Alat Tangkap Ikan

Baca juga


Jabatan Perikanan Perak Rampas Bot & Alat Tangkap Ikan

PARIT BUNTAR – Jabatan Perikanan Perak menahan 26 bot dan peralatan menangkap ikan bernilai RM2.7 juta dalam operasi pemantau dan pengawasan vesel (bot) penangkapan ikan zon tengah siri 2 di perairan negeri ini sejak 14 Jun lalu sehingga hari ini.

Pegawai Perikanan negeri cawangan Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Negeri Perak Kassim Tawi berkata semua bot dan barangan berkenaan dirampas di sekitar Tanjung Piandang, Bagan Serai, Kuala Sepetang, Pangkor dan Hutan Melintang.

Katanya antara bot yang ditahan termasuk bot pukat tunda, jerut dan kenka serta tujuh pukat menggunakan keroncong yang melanggar syarat lesen di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Perikanan.

“Seramai 60 orang termasuk nelayan asing dari Kemboja, Thailand selain pendatang asing tanpa izin (PATI) berumur antara 30 dan 55 tahun ditahan dalam operasi itu.

“Mereka kemudian dibebaskan dengan kompaun dan PATI berkenaan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan,” katanya dalam sidang media di pejabat perikanan di Kuala Kurau di sini hari ini.

Kassim berkata bot yang ditahan itu dikenakan kompaun antara RM1,200 hingga RM2,000, lesen digantung setahun dan peralatan dirampas serta tindakan mahkamah.

Katanya operasi itu membabitkan 40 anggota dari Pulau Pinang, Perak dan Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya itu bertujuan melindungi sumber perikanan laut supaya terpelihara serta mapan.

Beliau turut menasihati nelayan supaya mematuhi syarat lesen mengikut Akta Perikanan 1985 kerana pihak jabatan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pelanggaran undang-undang perikanan.

“Jabatan Perikanan sentiasa berusaha mempertingkat operasi supaya perairan perikanan negara bebas daripada aktiviti menangkap ikan yang bertentangan dengan Akta Perikanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Perikanan di bawahnya,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rv4oJP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Jabatan Perikanan Perak Rampas Bot & Alat Tangkap Ikan

Sekianlah artikel Jabatan Perikanan Perak Rampas Bot & Alat Tangkap Ikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Perikanan Perak Rampas Bot & Alat Tangkap Ikan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/jabatan-perikanan-perak-rampas-bot-alat.html

Subscribe to receive free email updates: