Judul : Nak Jadi PM, Tunggu PRU15 Sahajalah... Itu Pun Kalau Anwar Tak Sodomi Lagi
link : Nak Jadi PM, Tunggu PRU15 Sahajalah... Itu Pun Kalau Anwar Tak Sodomi Lagi
Nak Jadi PM, Tunggu PRU15 Sahajalah... Itu Pun Kalau Anwar Tak Sodomi Lagi
Malang bagi penasihat DAP Lim Kit Siang kerana tidak dapat meluahkan perasaan terpendamnya bagi menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Blogger theflyingkick berkata, jika Kit Siang berkata benar ianya akan melukakan perasaan ahli PKR yang mengagungkan Anwar sekaligus merosakkan hubungan PKR-DAP.
Dengan tempoh pemenjaraan Anwar hampir tamat, seawalnya lewat tahun hadapan, Anwar walaubagaimanapun tidak boleh kembali bertanding dalam Pilihan Raya selama lima tahun bagi banduan yang menjalani hukuman penjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000.
"Lim Kit Siang dalam hal ini berkata benar. Anwar Ibrahim tidak boleh langsung menjadi calon PM ke-7 sebagaimana yang dihajati oleh Anwar Ibrahim dan kelompok PKR," kata blogger berkenaan.
Ujarnya, sebagai langkah balas PKR merealisasikan hasrat Anwar menjadi Perdana Menteri, blogger antarabangsa, Clare Rewcastle Brown menerusi Sarawak Report melancarkan serangan mengaitkan kes liwat Anwar dengan 1MDB.
Clare mendakwa, ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta wang dari akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya diambil dari penyelewangan 1MDB.
Usaha-usaha terbaharu yang dijalankan oleh PKR dengan mengaitkan Shafee Abdullah yang menjadi pendakwaraya dalam kes liwat Anwar Ibrahim sebagai cara untuk mengeluarkan Anwar dari penjara, tidak begitu efisien.
"Memandangkan sumber mereka adalah Sarawak Report dan Clare Rewcastle-Brown yang telah terbukti melakukan fitnah dan pembohongan dalam kebanyakan kes dan isu yang dibawanya," katanya.
Sewajarnya, PKR perlu mengikut jejak Kit Siang dan mula berpaling daripada Anwar yang auranya semakin berkurang saban hari.
Sampai bila sebenarnya PKR hendak terus hidup dalam fantasi dan bayangan silam tanpa mahu menerima hakikat bahawa masa untuk Anwar Ibrahim telah lama berakhir?
"Anwar Ibrahim telah memendekkan kerjayanya sendiri dengan kesalahan dan nafsunya tetapi masih sibuk menyalahkan orang lain. Bukti-bukti dan fakta-fakta di mahkamah telah menyatakannya demikian.
"Sewajarnya Anwar Ibrahim dan PKR berpijak di bumi nyata, sebagaimana Lim Kit Siang sendiri. Kalaupun masih ada sisa-sisa harapan, tak payahlah membohongi para pengundi dengan mencalonkan Anwar Ibrahim untuk PRU-14.
"Tunggu sajalah PRU-15. Itu pun kalau Anwar Ibrahim tidak terus mengulangi tabiat lamanya!," katanya lagi.
- mD
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtYRaH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Nak Jadi PM, Tunggu PRU15 Sahajalah... Itu Pun Kalau Anwar Tak Sodomi Lagi
Sekianlah artikel Nak Jadi PM, Tunggu PRU15 Sahajalah... Itu Pun Kalau Anwar Tak Sodomi Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nak Jadi PM, Tunggu PRU15 Sahajalah... Itu Pun Kalau Anwar Tak Sodomi Lagi dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/nak-jadi-pm-tunggu-pru15-sahajalah-itu.html