Bahasa tubuh kucing yang memberi tanda petunjuk dia mahu sesuatu dari anda

Bahasa tubuh kucing yang memberi tanda petunjuk dia mahu sesuatu dari anda - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bahasa tubuh kucing yang memberi tanda petunjuk dia mahu sesuatu dari anda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bahasa tubuh kucing yang memberi tanda petunjuk dia mahu sesuatu dari anda
link : Bahasa tubuh kucing yang memberi tanda petunjuk dia mahu sesuatu dari anda

Baca juga


Bahasa tubuh kucing yang memberi tanda petunjuk dia mahu sesuatu dari anda


Bagi anda para pencinta haiwan peliharaan, kucing ada pilihan pertama ketika memilih haiwan peliharaan untuk dipelihara. Ada yang nakal, manja, menjadi peneman dan sebagainya. Ekspresinya yang lucu atau badannya yang gendut dan berbulu boleh membuatkan anda berasa senang apabila ada mereka.

Tapi kita tak faham apa sebenarnya si kecil ini mengiyaw-ngiyaw kan di kaki kita. Apa yang dia sampaikan bukan tidak dengan mudah boleh faham begitu saja. Tapi rilex saja lah, takkan pula kita nak ajar dia bahasa melayu kan? kerana kita boleh memahami apa sebenarnya dia mahukan melalui gerak tubuh mereka.

1. Ekor kucing yang tegak dan melengkung menandakan di menegur anda, "Oh, hai manusia!"


Gerakan: Ekor keatas dengan hujungnya melengkung, badan yang tegak, dan telinga mengarah ke depan.

Dia melihat anda dari jauh, dan tiba-tiba mendekati anda. Postur ini, bermaksud dia sudah mula tertarik dengan anda, tidak takut tunjukkan rasa jinaknya pada anda, namun masih rasa ragu apakah anda nak layan dia atau tidak. Dengan kata lain, dia nak dimanjakan dan ajak bermain. Tapi hati-hati ya, salah layan cakar yang dapat nanti. Hahaha

2. Kucing gesel-gesel badan di kaki anda? Ertinya dia bagitahu, "Hei, nak kemana tu? Jom kita main ! Jomlah, jom!"


Gerakan: Ekor tegak lurus ke atas dalam keadaan bergetar, mengiyaw beberapa kali, dan bergesel tubuhnya dikaki anda.

Ini tandanya di suka dengan anda! Bererti anda sudah dianggap dekat dan layak jadi keluarga baginya. Jangan tak layan dia ye atau tinggal dia, nanti dia sedih.

Perilaku si kucing sebenarnya tujuan agar bau tubuhnya tersebar pada anda. Dengan itu, ia akan mudah kenal anda dari baunya, sekali gus dia menganggap kamu adalah keluarganya.

3. Nada Meaowww yang tinggi dan panjang bermaksud," Wey, mana makanan aku? Lapar ni."


Gerakan: Duduk, Ujung ekor senget, dan bersuara meeeeeoooooowwww.

Ini tandanya dia lapar sangat. Berbeza dengan anjing, dia tak bawakan makanan tempat makannya kepada anda. Dia hanya duduk saja sambil bunyi meoww dan pandangan yang tajam sampailah anda bagi makanan padanya.

4." Aku nak bersendirian, penat ni." dia diam dengan mata makin sepet.


Gerakan: Duduk diam sambil kibas ekor ke kanan kiri, mata makin sepet.

Kalau seperti ini mood kucing itu kurang baik. Cubalah main-main dengannya dulu, kalau dia tak respon biarkan dahulu dan tunggu hingga moodnya baik semula. Haa sebelum terlupa, kucing ni spesis haiwan yang pasif dan mudah dendam tau, jadi hati-hati ye.

5. "Shhhhhhhahh!, Kau jangan macam-macam dengan aku!"


Gerakan: Buntut dan bulunya menegak, badan menbongkok depan, mulut berdesis.

Kalau macam ni rasanya korang dah pahamkan, jangan kacau dia lah kalau taknak kena cakar.Hahaha. Bagi dia cool down dulu baru lah korang belai dia semula.

6. Waktu telinga kucing arah ke depan, bermaksud dia tertarik." Apa ni? Macam menarik je"


Gerakan: Hujung ekor menekuk dan bergerak-gerak, tubuh membongkok depan, telinga arah ke depan juga.

Kucing ni sangat suka benda yang menarik, contohnya mainan. Objek-objek yang ada di bilik tidur anda pon boleh jadi bahan mainan dia. Bila tengok sesuatu perhatiannya akan dicuri.

7. "Hei, Janganlah! Aku takut ni!"


Gerakan: Ekor disorok, tubuh melengkung keatas, dan kaki rapat keempatnya

Mungkin, waktu ni anda terlalu galak dengan dia, atau boleh jadi ada haiwan lain yang dikira predator yang kuat darinya yang sudah memasuki wilayahnya/ kawasannya.

8." Ada tikus.. Masa untuk memburu !"


Gerakan: Postur badan nampak macam marah, mata jadi sharp, tubuh membongkok depan, ekor melengkung naik.

Pada dasarnya, kucing ni spesis pemburu. walaupun dia ni manja, tapi ada time bila dia nak benda tu dia jadi macam harimau. Ada kalanya dia pergi memburu mangsa untuk mengasah kemampuannya teruma kalau kucing jenisnya kucing kampung.

Biasanya, hasil buruannya akan diserahkan pada anda sebahagiannya. Kadang kepala burung, ekor tikur, atau mana mana bahagian yang dah terbelah makhluk-makhluk lain.

Kadang, dia serahkan mangsanya dalam keadaan sekerat, dan tunggu untuk anda habiskannya. Hahahah !

9. Gesel dahi, menjilat- maksudnya dia tunjuk tanda "dia sayang anda sebenarnya."


Gerakan: Mencium tubuh anda dengan hidung yang basah, gesel dahinya atau menjilat sambil pejam mata.

Anda beruntung, ertinya si kucing dah percayai anda 100% sebagai sahabat. Dia tidak akan pergi dari sisi anda. Dia akan menjadi sahabat yang baik dengan anda.




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ryFHvx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Bahasa tubuh kucing yang memberi tanda petunjuk dia mahu sesuatu dari anda

Sekianlah artikel Bahasa tubuh kucing yang memberi tanda petunjuk dia mahu sesuatu dari anda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bahasa tubuh kucing yang memberi tanda petunjuk dia mahu sesuatu dari anda dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/bahasa-tubuh-kucing-yang-memberi-tanda.html

Subscribe to receive free email updates: