Kerajaan Sedia 200,000 Unit PPA1M Menjelang 2020

Kerajaan Sedia 200,000 Unit PPA1M Menjelang 2020 - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Sedia 200,000 Unit PPA1M Menjelang 2020, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Sedia 200,000 Unit PPA1M Menjelang 2020
link : Kerajaan Sedia 200,000 Unit PPA1M Menjelang 2020

Baca juga


Kerajaan Sedia 200,000 Unit PPA1M Menjelang 2020

PUTRAJAYA – Kerajaan menyasarkan untuk menyediakan 200,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), melebihi sasaran asal 100,000 unit di seluruh negara menjelang 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata ia merupakan cadangan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa serta usaha kerajaan dalam memastikan kebajikan serta keselesaan penjawat awam sentiasa terjaga.

Beliau berkata adalah menjadi impian dan idaman setiap insan lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkeluarga untuk memiliki sebuah rumah yang bersesuaian dengan kemampuan, selera dan keperluan citarasa.

“Sudah tentu kediaman itu mesti sesuai dengan saiz keluarga, setimpal dengan kemampuan dari segi potongan bulanan serta lengkap dengan kemudahan moden seperti tadika, rekreasi, surau, (gelanggang) futsal dan sebagainya.

“Ia juga mesti mempunyai kualiti yang tinggi serta tidak jauh dari tempat kerja,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kunci kepada pemilik PPA1M Selasih di Presint 17, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, Ali dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Seri Hasim Ismail.

Pada 23 April lalu, kerajaan bersetuju membina 100,000 unit kediaman di bawah PPA1M di seluruh negara.

Najib berkata setakat ini hampir 3,563 unit PPA1M telah siap dan diduduki.

Beliau berkata harga PPA1M yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga pasaran yang bernilai antara RM200,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan dan bagi setiap unit PPA1M, nilai subsidi yang disediakan oleh kerajaan adalah antara RM25,000 sehingga RM38,000 seunit bergantung kepada keluasan.

Selain itu, Najib berkata Perbadanan Putrajaya telah bersetuju supaya kadar bayaran bulanan untuk menyelenggara PPA1M dikurangkan kepada 16 sen daripada 20 sen sekaki persegi.

Bagi Projek PPA1M Putrajaya yang dirasmikan pada 18 April 2013, perdana menteri berkata kerajaan merancang pembinaan sebanyak 17,530 unit rumah melalui tiga fasa dan dijangka siap menjelang 2020.

“Hari ini, sejumlah 1,000 unit kediaman PPA1M Selasih Presint 17 bakal dimiliki oleh para penjawat awam daripada kumpulan Gred S41 dan ke bawah,” katanya, sambil menyifatkan projek PPA1M Selasih itu antara yang terbaik yang disediakan kerajaan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGtLf9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Kerajaan Sedia 200,000 Unit PPA1M Menjelang 2020

Sekianlah artikel Kerajaan Sedia 200,000 Unit PPA1M Menjelang 2020 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Sedia 200,000 Unit PPA1M Menjelang 2020 dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/kerajaan-sedia-200000-unit-ppa1m.html

Subscribe to receive free email updates: