Judul : Kalau Baru Kahwin, Nak raya Rumah Suami Dulu Atau Isteri? Ok, Ini Jawapan Yang Tepat!
link : Kalau Baru Kahwin, Nak raya Rumah Suami Dulu Atau Isteri? Ok, Ini Jawapan Yang Tepat!
Kalau Baru Kahwin, Nak raya Rumah Suami Dulu Atau Isteri? Ok, Ini Jawapan Yang Tepat!
Kalau Baru Kahwin, Nak raya Rumah Suami Dulu Atau Isteri? Ok, Ini Jawapan Yang Tepat!
Ada yang masih belum buat keputusan nak balik raya mana dulu tak? Agak-agak sebelum kahwin dulu ada buat perjanjian? Kalau ya, sila tunaikan. Tetapi kalau masih keliru, anda boleh dapatkan jawapan menerusi perkongsian Pak Utih ini...
Perkara ini biasanya menjadi pertelingkahan di antara pasangan yang baru berkahwin. Isteri akan menggunakan hujahnya tersendiri dan si suami pula menggukakan kuasanya sebagai ketua keluarga yang mesti dipatuhi.
Ada teknik tip untuk anda berdua membuat keputusan:
1. " Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya”. Al Qashash:27
Kalaulah ingin merujuk ayat di atas, pengantin lelaki kena berkorban tinggal bersama ayah mertua dan membantunya selama 8 tahun. Tetapi dengan keadaan sekarang perkara ini tidak mungkin boleh berlaku.
Namun kita boleh ikuti konsepnya. Iaitu dalam tempuh 8 tahun sang suami utamakan rumah mertuanya dahulu. Dalam kes pulang beraya ke kampong, elok utamakan rumah isterinya.
2. Orang perempuan banyak menggunakan emosi dan perasaannya dalam setiap urusannya. Sedangkan lelaki hanya fokus mindanya kepada sesuatu tugasan. Dia boleh abaikan emosi dan perasaannya. Oleh itu, isterilah yang lebih terkesan menyambut hari raya pertama. Apa lagi dengan status dia sebagai seorang isteri. Jiwanya pasti mengelabah untuk pertama kalinya menyambut raya di rumah orang lain. 1001 macam dalam fikiran yang menghantuinya. Oleh itu raya pertama di rumah isteri.
3. Jika isteri ini telah ada bilik tidur khas di rumahnya dan suaminya pula tiada bilik khas untuk di rumahnya. Ini akan menyebabkan isteri tidak selesa jika terpaksa berkongsi bilik persalinan dengan ipar-iparnya. Oleh itu elok raya pertama di rumah isteri. Tetapi jika suaminya memang ada bilik khas, sila rujuk tip 1 dan 2 di atas.
4. Tetapi kalau sepanjang ramadhan, pasangan ini tinggal di rumah isterinya, maka eloklah susun strategi untuk berhari raya pertama di rumah kampong suaminya.
5. Jika suami adalah anak tunggal, dinasihatkan buat rancangan untuk berpuasa 2-3 hari awal di rumah kampong isteri. Kemudian berhari raya pertama di rumah suami. Sebab kehadiran anak tunggal dengan isterinya ini memberi kesan positif bertambah sayang ibu mertua kepada anak menantunya.
Selamat berbincang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sO2ub7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Kalau Baru Kahwin, Nak raya Rumah Suami Dulu Atau Isteri? Ok, Ini Jawapan Yang Tepat!
Anda sekarang membaca artikel Kalau Baru Kahwin, Nak raya Rumah Suami Dulu Atau Isteri? Ok, Ini Jawapan Yang Tepat! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/kalau-baru-kahwin-nak-raya-rumah-suami.html