Judul : Dek percaya dakyah pembangkang, penyimpan terpaksa tunggu giliran naik haji 164 tahun
link : Dek percaya dakyah pembangkang, penyimpan terpaksa tunggu giliran naik haji 164 tahun
Dek percaya dakyah pembangkang, penyimpan terpaksa tunggu giliran naik haji 164 tahun
Umat Islam di negara ini yang baru mendaftar dengan Tabung Haji (TH) pada tahun ini untuk menunaikan ibadat haji perlu menunggu 102 tahun untuk sampai giliran ke tanah suci.
Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, sehubungan itu mengingatkan umat Islam yang sudah lama mendaftar untuk menunaikan rukun Islam kelima itu supaya terus kekal menabung dengan institusi berkenaan.
Beliau berkata, penyimpan TH tidak harus tergesa-gesa untuk mengeluarkan semua simpanan hanya dengan mendengar tohmahan pembangkang yang mendakwa institusi itu muflis.
“Ketika ini ada kira-kira 2.5 juta umat Islam di Malaysia mendaftar untuk menunaikan haji. Jadi sesiapa yang mengeluarkan semua simpanan dalam Tabung Haji dan selepas itu simpan balik, mereka perlu daftar semula dan menunggu 102 tahun lagi untuk ke tanah suci.
“Ini pernah berlaku di mana seorang penyimpan berusia 62 tahun yang sudah sampai giliran untuk naik haji tiba-tiba mengeluarkan semua simpanan selepas terpengaruh dengan dakyah kononnya Tabung Haji muflis.
“Bila sedar dakyah itu tak betul dia simpan semula duit dalam Tabung Haji tetapi giliran asal untuk menunaikan haji tak dapat balik, kena tunggu hingga umur 164 tahun,” katanya pada Majlis Ziarah Kasih Yayasan Tabung Haji dan Biro Keahlian Daftar Pengundi UMNO bagi Parlimen Kimanis di Bongawan, di sini, hari ini.
Yang turut hadir Menteri Luar merangkap Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Ariffin Arif dan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS), Datuk Mohamad Alamin.
Abdul Azeez berkata, umat Islam di negara ini perlu bersyukur dengan usaha kerajaan memastikan mereka dapat menunaikan ibadat haji termasuk mendapatkan kuota haji tambahan bagi mengurangkan tempoh menunggu.
“Tahun ini kuota haji bertambah kepada lebih 30,000 berbanding hanya 22,000 pada tahun lalu. Kerajaan juga mengekalkan subsidi haji RM9,570 seorang dan untuk tahun ini saja jumlah subsidi menunaikan haji ditanggung kerajaan ialah RM230 juta,” katanya.
Pada majlis itu, Abdul Azzez menyampaikan sumbangan daripada UMNO dan Yayasan Tabung Haji kepada 1,003 orang golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan termasuk 750 orang asnaf.
Katanya, Parlimen Kimanis ialah lokasi kedua di Sabah selepas Beaufort dan ke-51 di seluruh negara program Ziarah Kasih bertujuan meringankan beban umat Islam membuat persediaan Aidilfitri.
Jelajah program itu diteruskan di Penampang dan Kota Belud petang ini sebelum ke Sandakan dan Semporna, esok.
Katanya, UMNO menyediakan RM13.2 juta untuk program itu, manakala Yayasan Tabung Haji menyumbang RM7 juta khusus untuk bantuan kepada golongan asnaf di seluruh negara.
Sumber: BH Online
Sumber Dek percaya dakyah pembangkang, penyimpan terpaksa tunggu giliran naik haji 164 tahun
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ruV60D
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Dek percaya dakyah pembangkang, penyimpan terpaksa tunggu giliran naik haji 164 tahun
Anda sekarang membaca artikel Dek percaya dakyah pembangkang, penyimpan terpaksa tunggu giliran naik haji 164 tahun dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/dek-percaya-dakyah-pembangkang_85.html