Cukai pelancongan bermula 1 Julai - Nazri Aziz

Cukai pelancongan bermula 1 Julai - Nazri Aziz - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cukai pelancongan bermula 1 Julai - Nazri Aziz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cukai pelancongan bermula 1 Julai - Nazri Aziz
link : Cukai pelancongan bermula 1 Julai - Nazri Aziz

Baca juga


Cukai pelancongan bermula 1 Julai - Nazri Aziz

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Pelancongan yang akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam, akan tetap diteruskan mulai 1 Julai ini, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau sekali gus menolak laporan sebuah portal berita bahawa pelaksanaan cukai berkenaan mungkin ditangguhkan.

"Warta (Cukai Pelancongan) ini automatik, mengikut prosedur negara apabila dilulus oleh Parlimen maka pewartaan itu automatik...jadi yang berkuasa dalam melakukan undang-undang ialan Parlimen dan pewartaan itu hanya formaliti saja.

"Kalau nak kata belum warta, itu betul, tapi bukan boleh menghalang kehendak anggota Parlimen kita yang telah sebulat suara meluluskan kerana cukai ini akan dilaksanakan, dan pasti akan dilaksanakan. Jadi sasaran kita ialah 1 Julai," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan ''Perfect China Seminar - The New Beginning'' di sini Khamis malam.

Anggota Parlimen Padang Rengas itu berkata pelaksanaan kutipan cukai akan mula dikenakan terhadap hotel dan rumah penginapan yang berdaftar.

Pada sidang Parlimen yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017, yang dibentangkan Mohamed Nazri, diluluskan dengan undian majoriti.

Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Mohamed Nazri berkata Cukai Pelancongan itu dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus.

Terdahulu, berucap di hadapan 3,500 perwakilan Perfect China dari China, Mohamed Nazri berkata menganjurkan acara di Malaysia adalah selaras dengan aspirasi kerajaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk meletakkan negara ini sebagai hab pilihan acara berkaitan perniagaan atau Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE).

"Malah, semua delegasi Perfect China kini adalah duta pelancongan Malaysia. Kami berharap anda akan menggunakan sepenuhnya lawatan ini dan merasai pengalaman keajaiban di Malaysia dan membawa pulang kenangan manis sepanjang berada di negara ini," kata menteri berkenaan.

Beliau berkata sepanjang 23 tahun penubuhan Perfect China, ia telah melaksanakan lebih 80 insentif lawatan ke luar negara dan sejak 2011 telah menganjurkan program seumpama itu ke Malaysia.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sZUnVE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Cukai pelancongan bermula 1 Julai - Nazri Aziz

Sekianlah artikel Cukai pelancongan bermula 1 Julai - Nazri Aziz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cukai pelancongan bermula 1 Julai - Nazri Aziz dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/cukai-pelancongan-bermula-1-julai-nazri.html

Subscribe to receive free email updates: