9 Lelaki Warga Asing Ditahan Edar Dadah Bernilai RM100,000

9 Lelaki Warga Asing Ditahan Edar Dadah Bernilai RM100,000 - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 9 Lelaki Warga Asing Ditahan Edar Dadah Bernilai RM100,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 9 Lelaki Warga Asing Ditahan Edar Dadah Bernilai RM100,000
link : 9 Lelaki Warga Asing Ditahan Edar Dadah Bernilai RM100,000

Baca juga


9 Lelaki Warga Asing Ditahan Edar Dadah Bernilai RM100,000

KUALA LUMPUR – Sembilan lelaki warganegara asing ditahan polis kerana disyaki menyeludup dan mengedar dadah yang dianggar bernilai RM100,000 di sekitar Wangsa Maju, pada Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata hasil maklumat risikan dan serbuan bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) berjaya merampas syabu seberat satu kilogram.

Katanya kesemua mereka yang ditahan itu merupakan kumpulan yang didalangi sindiket antarabangsa bergiat aktif di negara ini sejak tiga tahun lepas.

“Warganegara asing yang ditahan terdiri daripada lapan warga Nigeria yang berumur 25 hingga 39 tahun manakala seorang lagi warga Uganda berumur 25 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati lima daripada suspek merupakan penuntut institusi pengajian tinggi dan syabu yang dirampas dibawa masuk dari China,” katanya dalam sidang akhbar di Menara 2, Bukit Aman, di sini.

Mohd Mokhtar berkata kesemua rampasan syabu berkenaan dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan.

“Kesemua suspek akan direman selama tujuh hari sehingga Jumaat depan dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Selain itu, kesemua mereka juga turut direman selama 14 hari sehingga 30 Jun ini mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959,” katanya.

Beliau menggesa pihak institusi pengajian tinggi supaya lebih waspada dalam pengambilan warga asing sebagai pelajar agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan dadah.

Mohd Mokhtar berkata polis akan sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan dadah tempatan dan antarabangsa ke arah pembanterasan dan memerangi dadah. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sOll5U

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel 9 Lelaki Warga Asing Ditahan Edar Dadah Bernilai RM100,000

Sekianlah artikel 9 Lelaki Warga Asing Ditahan Edar Dadah Bernilai RM100,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 9 Lelaki Warga Asing Ditahan Edar Dadah Bernilai RM100,000 dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/9-lelaki-warga-asing-ditahan-edar-dadah.html

Subscribe to receive free email updates: