Wan Ji: Khalid biadab guna Nabi 'halalkan' kelemahan PH

Wan Ji: Khalid biadab guna Nabi 'halalkan' kelemahan PH - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Ji: Khalid biadab guna Nabi 'halalkan' kelemahan PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Ji: Khalid biadab guna Nabi 'halalkan' kelemahan PH
link : Wan Ji: Khalid biadab guna Nabi 'halalkan' kelemahan PH

Baca juga


Wan Ji: Khalid biadab guna Nabi 'halalkan' kelemahan PH



Penceramah Wan Ji Wan Hussin membidas tindakan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad yang membandingkan Pakatan Harapan (PH) dengan Nabi Muhammad dalam soal kegagalan menunaikan janji.
Beliau berkata Khalid bertindak biadab apabila cuba "menghalalkan" kelemahan PH dalam soal itu menggunakan nama Nabi Muhammad.
"Kegagalan kerajaan PH melaksanakan manifesto, tiba-tiba Khalid menggunakan alasan kononnya Nabi gagal tunaikan semua janji. (Ini tindakan) biadab terhadap Nabi," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau merujuk ucapan Khalid di Konvensyen Amanah 2018 hari ini yang berkata kerajaan bukan sengaja tidak melaksanakan janji manifesto, tetapi dikekang sumber kewangan yang tidak mencukupi.
"Nabi SAW pun dulu pernah bawa sahabat dari Madinah nak ke Mekah, (baginda) berjanji nak buat umrah, tetapi dihalang. Sampai di Udaibiyah, tidak dapat.
“Itu nabi! Apalah janji manifesto yang dibuat oleh manusia biasa," katanya yang merupakan pengarah komunikasi Amanah.
Mengulas lanjut, Wan Ji mengingatkan Khalid agar tidak memanipulasikan agama, yang menurutnya menjadi amalan parti lama Khalid sendiri iaitu PAS.
"Kita berusaha untuk memastikan agama tidak dimanipulasi, maka sebab itu kita melawan PAS.
"Amanah tidak perlu mengambil DNA PAS untuk bawa ke dalam PH," katanya lagi - MK  #CelahGelegar


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Wan Ji: Khalid biadab guna Nabi 'halalkan' kelemahan PH

Sekianlah artikel Wan Ji: Khalid biadab guna Nabi 'halalkan' kelemahan PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Ji: Khalid biadab guna Nabi 'halalkan' kelemahan PH dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/12/wan-ji-khalid-biadab-guna-nabi-halalkan.html

Subscribe to receive free email updates: