Perdana Menteri berkata, ini kerana sesi pembelajaran hanya memfokuskan kepada subjek agama Islam dan tidak pada subjek lain.
"Seseorang telah menukar kurikulum sekolah kebangsaan. Ia sudah menjadi sekolah agama, mereka belajar Islam tetapi tidak belajar subjek lain. 
"Hasilnya, pelajar tidak berapa mahir dalam subjek-subjek yang akan membantu mendapatkan kerja, tetapi mereka menjadi ulama," katanya pada ucapan Majlis Makan Malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid di Nexus, Bangsar.
Adakah Tun Mahathir tidak mendapat maklumat yang tepat atas apa yang dia ucapan? Kerana apa yang dinyatakan itu tidak benar sama sekali. 
Kita yang ada anak yang bersekolah di sekolah kebangsaan tahu apa yang mereka belajar. 
Mungkin kah beliau keliru dengan sekolah KAFA yang sememangnya mengajar subjek agama. 
Dari sudut yang lain kerisauan seperti ini seolah-olah Tun Dr Mahathir tidak mahu Islam menguasai pelajar sedang kan matlamat utama setiap orang Islam ialah berjaya di akhirat nanti.