(TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS

(TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul (TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS
link : (TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS

Baca juga


(TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS

KUALA LUMPUR: MIC berikrar terus setia kepada Barisan Nasional (BN) dan bersetuju cadangan UMNO untuk memperkukuhkan kerjasama dengan PAS, kata Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran.
Speaker Dewan Negara berkata beliau yakin ‘perkahwinan’ dalam Pakatan Harapan (PH) tidak akan bertahan lama dengan usaha ‘mencuri’ Ahli Parlimen BN.
Katanya, usaha ‘mencuri’ Ahli Parlimen melalui tawaran dan rundingan pintu belakang menggambarkan seolah-olah tidak ada lagi ‘kepercayaan’ dalam kalangan parti komponen PH.
“Mereka (parti komponen PH) cuba menunjukkan ‘senjata’ (kuasa) menguasai lebih ramai Ahli Parlimen. Ada yang mengancam, ada yang menawarkan jawatan.
“Walau apa yang berlaku (lompat parti), MIC akan meneruskan perancangan kerjasama dengan BN dan PAS,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau mengulas senario semasa politik tanah air apabila ramai Ahli Parlimen UMNO keluar parti manakala, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, didesak meletak jawatan dalam masa 10 hari.
Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, ketika temubual eksklusif dengan NSTP, berkata 36 Ahli Parlimen BN sudah menandatangani surat sebagai tanda sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sejak sebulan lalu.
Katanya, ia membabitkan 33 wakil UMNO, dua dari MIC dan seorang dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Mengulas lanjut, Vigneswaran berkata kekecohan dan keadaan politik tanah air ketika ini menyebabkan rakyat bimbang dan risau.
“Walau apa yang berlaku, persepsi orang awam terhadap situasi politik tanah air sangat ‘mengecewakan’,” katanya. - BH  #CelahGelegar 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel (TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS

Sekianlah artikel (TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/12/terbaik-lah-mic-sedia-kerjasama-dengan.html

Subscribe to receive free email updates: