Persengketaan Bersatu, PKR dan DAP realiti bukan propaganda

Persengketaan Bersatu, PKR dan DAP realiti bukan propaganda - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Persengketaan Bersatu, PKR dan DAP realiti bukan propaganda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Persengketaan Bersatu, PKR dan DAP realiti bukan propaganda
link : Persengketaan Bersatu, PKR dan DAP realiti bukan propaganda

Baca juga


Persengketaan Bersatu, PKR dan DAP realiti bukan propaganda

8 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Persengketaan dua kem utama dalam Pakatan Harapan (PH) – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PKR – adalah sesuatu yang realiti, dan bukan propaganda memecah-belahkan perikatan kerajaan.
Penganalisis politik, Dr Ainul Adzellie Hasnul berkata, meskipun pada peringkat akar umbi PH, mereka masih ‘dalam keadaan menafikan’ dan menolak wujudnya perpecahan ini, realitinya ialah perpecahan ini memang benar-benar berlaku dan penyokong harus cakna serta bersedia dengan sebarang kemungkinan.
“Harus diingat, akar umbi mana-mana parti politik pun akan tetap setia dengan perjuangan parti, kerana pemimpin mereka akan sentiasa memastikan akar umbi sentiasa rapat dan bersolidariti, demi mengelak mereka keluar parti.
“Dalam kes akar umbi di pihak kerajaan seperti Parti Amanah Nasional dan PKR, pemimpin mereka sudah tentu beri perkhabaran bahawa semuanya dalam keadaan baik, ini demi survival mereka sebab tanpa akar umbi, parti akan goyang,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Mengulas lanjut, Ainul Adzellie yang juga Felo di Pusat Penyelidikan & Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia berkata, percaturan politik peringkat atasan bukan sesuatu yang boleh diakses dengan mudah, malah bukan juga komoditi untuk dihebahkan di media.
Tetapi, katanya, rakyat perlu cakna dan memerhati dengan terperinci setiap pergerakan politik tanah air, kerana hanya melalui cara itu mereka akan jelas mengenai pertembungan yang berlaku antara dua kem itu.
“Pertembungan di antara Bersatu dengan PKR ini memang berlaku, dan kini semakin ketara. Contohnya, kenyataan Perdana Menteri yang berkata bahawa mereka (Bersatu) boleh menerima Ahli Parlimen dari UMNO menyertai mereka.
“Jika kita lihat dalam PH, PKR dan DAP iaitu parti dominan ada keluarkan kenyataan membidas tindakan UMNO itu. Ramkarpal Singh (DAP) misalnya sebut, lompat parti ini adalah satu tindakan yang tidak wajar.
“Mesej di sini, ramai dalam kalangan DAP kini sudah mula risau dengan migrasi besar-besaran Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu,” katanya.
Rabu lalu, hampir keseluruhan barisan kepimpinan UMNO Sabah, termasuk lima Ahli Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri dan dua senator, mengumumkan keluar parti dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas.
Kelmarin, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan enam lagi Ahli Parlimen UMNO keluar daripada parti itu hari ini, termasuk Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Yang lain ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing); Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor); Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam); dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).
Adalah dijangkakan lebih ramai wakil rakyat UMNO akan meninggalkan parti itu dan menjadi Bebas, sebelum menyertai Bersatu di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semalam, Ismaweb melaporkan, sekurang-kurangnya 31 Ahli Parlimen UMNO didakwa bersetuju menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Dr Mahathir, jika berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
Dakwaan itu dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, sambil menyatakan bahawa sokongan itu akan diberi tanpa perlu Ahli Parlimen terbabit keluar daripada UMNO. - Ismaweb #CelahGelegar 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Persengketaan Bersatu, PKR dan DAP realiti bukan propaganda

Sekianlah artikel Persengketaan Bersatu, PKR dan DAP realiti bukan propaganda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Persengketaan Bersatu, PKR dan DAP realiti bukan propaganda dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/12/persengketaan-bersatu-pkr-dan-dap.html

Subscribe to receive free email updates: