Nurul Izzah, Rafizi dan KJ minum bersama di Bangsar tengah hari tadi

Nurul Izzah, Rafizi dan KJ minum bersama di Bangsar tengah hari tadi - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nurul Izzah, Rafizi dan KJ minum bersama di Bangsar tengah hari tadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nurul Izzah, Rafizi dan KJ minum bersama di Bangsar tengah hari tadi
link : Nurul Izzah, Rafizi dan KJ minum bersama di Bangsar tengah hari tadi

Baca juga


Nurul Izzah, Rafizi dan KJ minum bersama di Bangsar tengah hari tadi

NURUL Izzah dilihat bersama bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Rembau, di Restoran Alexis, di Bangsar, tengah hari tadi.
KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar yang meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, dilihat bersama dua ahli politik terkenal di sebuah restoran di sini tengahari tadi.
Mereka ialah bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Tiga pemimpin muda ini antara ahli politik popular dan mendapat perhatian ramai, terutama golongan muda.
Mereka menghormati antara satu sama lain dan kerap berkongsi pandangan berkaitan pelbagai isu membabitkan kepentingan rakyat serta negara.
Semalam, Nurul Izzah membuat kejutan apabila mengumumkan peletakan dua jawatan berkenaan. Beliau turut melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dilihat tiba dulu di Restoran Alexis di Bangsar Shopping Centre (BSC) kira-kira jam 12 tengahari diikuti Rafizi. Tidak lama kemudian, Khairy muncul dan mereka dilihat memesan minuman.
Sehingga jam 1.30 tengahari mereka dilihat hanya minum, tetapi tidak pasti sama ada mereka makan tengah hari bersama.
"Saya melihat Nurul tiba dulu, kemudian Rafizi disusuli Khairy tidak lama selepas itu. Tidak pasti sama ada mereka makan tengahari bersama.
"Ketika saya tinggalkan restoran itu pada jam 1.30 tengah hari, mereka masih di sana.
"Mereka kelihatan ceria sambil berbual," kata seorang pembaca Berita Harian yang turut merakam gambar mereka.
Selepas riuh berita Nurul Izzah meletak jawatan semalam, Khairy tampil dengan ‘kata-kata semangat’ yang ditujukan khas kepada puteri reformasi itu, seolah-olah mahu ‘memujuk’ supaya tidak meninggal dunia politik.
Dalam entri yang dimuatnaik dalam akaun Twitternya, Khairy memuji ketokohan Nurul Izzah sepanjang berkecimpung dalam dunia politik sebagai seorang Ahli Parlimen contoh.
Khairy juga menyifatkan Nurul Izzah sebagai ‘lawan yang berbaloi’.
Rafizi pula dilaporkan berkata Nurul Izzah tidak berundur daripada politik, sebaliknya akan terus memainkan peranan penting di Parlimen dan arena politik negara.
Beliau juga menyifatkan Nurul Izzah sebagai reformis dan pejuang serta hanya melepaskan jawatan dalam politik, tetapi kekal dengan idealisme serta perjuangan dalam arena politik negara yang 'bercelaru' ketika ini.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula berkata tindakan Nurul Izzah dipercayai untuk memudahkannya menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, sekali gus bebas menyuarakan aspirasi rakyat tanpa kongkongan politik.
Katanya, Nurul Izzah memiliki idealisme tersendiri dan ingin memenuhi harapan rakyat dengan pantas.
Saifuddin berkata beliau ada bertemu Nurul Izzah semalam, malah berkesempatan berbual panjang berhubung isu terbabit.
Katanya, Nurul Izzah memaklumkan beliau turut melakukan solat istikharah dan percaya tindakannya itu adalah langkah terbaik bagi membolehkannya memberikan tumpuan sepenuhnya sebagai Ahli Parlimen.
Sementara itu, The Star melaporkan Nurul Izzah ada memaklumkan keputusan itu kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah Ismail.
Mereka dan keluarga dikatakan sedang bercuti di Filipina. Nurul juga akan menyertai percutian keluarga itu, yang pertama selepas sejak sekian lama.
Sementara itu, menurut laporan media, tindakan Nurul Izzah itu dikatakan akibat beberapa perkembangan dalam politik negara, termasuk hasrat ramai bekas pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti, dilaporkan mahu menyertai Pakatan Harapan (PH), terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Beliau dikatakan tidak setuju dengan cadangan mana-mana parti dalam PH menerima mereka.
Nurul Izzah juga dikatakan tidak setuju beberapa keputusan oleh kerajaan PH yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun, punca sebenar keputusan drastik itu terus menjadi tanda tanya sehingga Nurul Izzah sendiri mendedahkannya. -BH #CelahGelegar


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Nurul Izzah, Rafizi dan KJ minum bersama di Bangsar tengah hari tadi

Sekianlah artikel Nurul Izzah, Rafizi dan KJ minum bersama di Bangsar tengah hari tadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nurul Izzah, Rafizi dan KJ minum bersama di Bangsar tengah hari tadi dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/12/nurul-izzah-rafizi-dan-kj-minum-bersama.html

Subscribe to receive free email updates: