Judul : [KOPIAH PAN, SONGKOK PAP&DAP] Melayu mudah diGULA-GULAKAN?
link : [KOPIAH PAN, SONGKOK PAP&DAP] Melayu mudah diGULA-GULAKAN?
[KOPIAH PAN, SONGKOK PAP&DAP] Melayu mudah diGULA-GULAKAN?
SEJAK memimpin PAN dan menjadi Menteri, sudah lama tidak kelihatan Mohamad Sabu memakai kopiah putih di pentas-pentas ceramah sedangkan itu adalah aksesori wajib beliau ketika bergelar ayam sabung Pas satu masa dahulu.
Dalam beberapa siri jelajah pemimpin gabungan pembangkang PKR, Mohamad atau Mat Sabu lebih selesa tanpa kopiah sehingga menerbitkan rasa rindu dalam kalangan peminat lawak jenaka beliau.
Akhirnya kata mereka, dendam untuk melihat Mat Sabu memakai kopiah putih tertunai apabila bekas Timbalan Presiden Pas itu dilihat mengenakan aksesori tersebut dalam program ceramah gabungan pembangkang PKR di Dungun beberapa hari sebelum PRU14.
Namun kenapa di Terengganu, negeri yang ramai penyokong Pas baru abang Mad memakai kopiah? Lantas, ada yang teringat kepada kisah klasik kempen pemimpin PAP Singapura yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan undi orang Melayu termasuk memakai songkok.
Memang soal berkopiah atau tidak bukan isu sama sekali apatah lagi hendak dijadikan ukuran sama ada Pas lebih Islam daripada PAN atau sebaliknya walaupun kedua-dua parti bersaing mewakili segmen Islam dalam blok masing-masing.
Namun, jika kerusi ditandingi Presiden dijadikan kayu ukur, sukar untuk mengatakan PAN mewakili segmen Islam kerana Kota Raja yang dimenangi mat Sabu adalah kerusi campuran dengan pengundi Islam tidak sampai pun 50 peratus.
Ini berbeza dengan kerusi yang ditandingi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kemenangan Mat Sabu pastinya dari undi penyokong DAP dan Cina yang tidak menyokong Islam. Barisan Nasional (BN) sendiri meletakkan calon daripada MIC sebagai mana meneruskan tradisi.
Sekarang jelaslah Mat Sabu dan PAN tidak mampu bersuara mengimbangi parti rasis DAP dan pemimpin mereka Nga Kor Ming, Liew Chin Tong dan Chong Chieng Jen walau Mat Sabu berada dalam Kabinet PH terutama dalam hal-hal mempertahankan kepentingan Islam.
Malah sebaliknya, Mujahid daripada parti PAN yang dilantik sebagai Menteri Agama Islam dilihat lebih menyebelahi golongan Liberal dan LGBT berbanding memberi perhatian kepada perjuangan mengangkat agama Islam dan Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Lagi pun kalau lihat persamaan antara ‘wayang kempen’ songkok PAP dan kopiah putih Mat Sabu PAN, jelaslah kelicikan mereka menyebabkan Islam sedang dirundung malang. Kalau menang Pilihanraya pun dengan mengharapkan sokongan pengundi DAP, apa sangat yang PAN boleh buat? #CelahGelegar
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel [KOPIAH PAN, SONGKOK PAP&DAP] Melayu mudah diGULA-GULAKAN?
Sekianlah artikel [KOPIAH PAN, SONGKOK PAP&DAP] Melayu mudah diGULA-GULAKAN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KOPIAH PAN, SONGKOK PAP&DAP] Melayu mudah diGULA-GULAKAN? dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/12/kopiah-pan-songkok-pap-melayu-mudah.html