'Gantikan Waytha dengan Nurul Izzah' - cadangan PAN

'Gantikan Waytha dengan Nurul Izzah' - cadangan PAN - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Gantikan Waytha dengan Nurul Izzah' - cadangan PAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Gantikan Waytha dengan Nurul Izzah' - cadangan PAN
link : 'Gantikan Waytha dengan Nurul Izzah' - cadangan PAN

Baca juga


'Gantikan Waytha dengan Nurul Izzah' - cadangan PAN

Ketika penolakan rakyat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, dilihat berterusan Pemuda Amanah Terengganu tampil mencadangkan agar Nurul Izzah Anwar dilantik menggantikan senator terbabit.
Ketuanya Mohd Hasbie Muda berkata ketika ini penolakan rakyat terhadap Waythamoorthy sukar untuk dipertahankan lagi.
Justeru katanya pemimpin Parti Hindraf Malaysia itu perlu ditukar dan pengganti yang sesuai kini ialah anggota parlimen Permatang Pauh berkenaan.
"Nurul Izzah adalah wajah segar dalam politik negara. Beliau pemimpin muda yang mengambil pendekatan sederhana dan memahami kerencaman masyarakat.
"Beliau terbukti diterima di kawasan parlimen majoriti Melayu di Permatang Pauh serta kerusi majoriti campuran di Lembah Pantai sebelum ini, " katanya kepada Malaysiakini.
Terdahulu gesaan supaya Waythamoorthy meletakkan jawatan semakin kuat susulan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
Muhammad Adib, 24, meninggal dunia Isnin lalu selepas hampir tiga minggu bertarung nyawa susulan kecederaan akibat dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya 26 Nov lalu.
Rehatkan senator
Waythamoorthy didakwa memburukkan keadaan apabila beliau dan tiga menteri yang lain dalam satu sidang media menyalahkan polis yang membuat kenyataan mengaitkan insiden berkenaan dengan pergaduhan antara "dua kumpulan India".
Kempen petisyen di media sosial yang menggesa Waythamoorthy meletakkan jawatan sudah mendapat 300,000 tandatangan.
Malam tadi, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran bahawa beliau berpuas hati dengan prestasi Waythamoorthy sebagai menteri yang ditugaskan untuk mengurus hal-hal perpaduan.
Beliau juga berkata terpulang kepada dirinya untuk memutuskan sama ada Waythamoorthy akan dipecat atau tidak.
"Orang ramai boleh menyatakan pendapat mereka, tapi terserah kepada saya untuk putuskan," katanya.
Sementara itu Mohd Hasbie berkata, walaupun perdana menteri memiliki sebab yang kukuh sewaktu melantik Waythamoorthy selaku menteri sebelum ini, keberkesanan beliau dalam menjalankan tugas jelas dipertikaikan secara konsisten dan berterusan oleh netizen.
"Saya percaya bahawa sebagai sebuah kerajaan yang mendengar suara rakyat, keputusan segera perlu dibuat untuk merehatkan Waythamoorthy," jelasnya. - MK  #CelahGelegar


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel 'Gantikan Waytha dengan Nurul Izzah' - cadangan PAN

Sekianlah artikel 'Gantikan Waytha dengan Nurul Izzah' - cadangan PAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Gantikan Waytha dengan Nurul Izzah' - cadangan PAN dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/12/gantikan-waytha-dengan-nurul-izzah.html

Subscribe to receive free email updates: