[BILA PAN JADI KERAJAAN] Dulu Boleh Tidur Masjid, Sekarang Merungut ‘Bilik Hotel Kecil’

[BILA PAN JADI KERAJAAN] Dulu Boleh Tidur Masjid, Sekarang Merungut ‘Bilik Hotel Kecil’ - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [BILA PAN JADI KERAJAAN] Dulu Boleh Tidur Masjid, Sekarang Merungut ‘Bilik Hotel Kecil’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [BILA PAN JADI KERAJAAN] Dulu Boleh Tidur Masjid, Sekarang Merungut ‘Bilik Hotel Kecil’
link : [BILA PAN JADI KERAJAAN] Dulu Boleh Tidur Masjid, Sekarang Merungut ‘Bilik Hotel Kecil’

Baca juga


[BILA PAN JADI KERAJAAN] Dulu Boleh Tidur Masjid, Sekarang Merungut ‘Bilik Hotel Kecil’

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi memberi teguran tajam kepada segelintir perwakilan yang merungut tentang hal yang disifatkan sebagai remeh-temeh ketika konvensyen, termasuk bilik hotel yang kecil.
Asmuni berkata beliau hairan bagaimana rungutan seperti itu boleh timbul, termasuk menyifatkan penganjur konvensyen di Ipoh itu sebagai “teruk” (lousy).
Beliau berkata perkara itu tidak pernah berlaku ketika Amanah masih menjadi pembangkang.
“Saya pelik, dulu kita boleh tidur di masjid, markas, tetapi sekarang apabila sudah ada jawatan, tidur di hotel pun (boleh) kata bilik kecil,” katanya ketika berucap di Konvensyen Amanah 2018 hari ini.
Asmuni yang juga Adun Manjoi berkata pihak berkenaan tidak sepatutnya menyalahkan jawatankuasa penganjur berhubung bilik hotel memandangkan perwakilan sudah diberi senarai hotel untuk dipilih.
“Rungutan itu tidak perlu. Tetapi jawatankuasa saya terasa hati bila terima rungutan macam hotel teruk, penganjur teruk.
“Kalau dulu kita boleh tidur berlapikkan lantai, tak kan sekarang (merungut)? Saya minta kita bermuhasabah – Apa yang ada pada kita ini ujian daripada Allah, nak lihat sama ada kita bersyukur atau tidak,” katanya lagi.
Kuota wanita 30 peratus
Sementara itu, Ketua Wanita Amanah Dr Siti Mariah Mahmud menggesa perwakilan menunaikan janji parti itu agar sekurang-kurangnya 30 peratus anggota wanita diberi kedudukan dalam proses membuat keputusan.
Katanya, perkara itu sudah disebut dalam perlembagaan parti tetapi ada anggota yang berat hati untuk memilih pemimpin di kalangan wanita.
“Parti lain sudah ke depan dalam meletakkan wanita di peringkat membuat keputusan.
“Dalam perlembagaan parti kita dinyatakan 30 peratus (kuota wanita), tetapi ahli…bila nak letak wanita (di kedudukan itu) akan bertanya apa kelayakan mereka.
“Tapi soalan itu tak ditanya kepada (calon) lelaki – sama ada dia ada PHD atau ijazah sarjana.
“Harapnya dalam pemilihan akan datang akan ada naib presiden daripada Awan (Wanita Amanah) dan Wardah (Wanita Muda Amanah), dan juga di peringkat negeri.
“Jangan kata saja wanita ini penting, tetapi bila nak letak (di sebarang jawatan) banyak songehnya,” katanya lagi.-Mkini  #CelahGelegar


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel [BILA PAN JADI KERAJAAN] Dulu Boleh Tidur Masjid, Sekarang Merungut ‘Bilik Hotel Kecil’

Sekianlah artikel [BILA PAN JADI KERAJAAN] Dulu Boleh Tidur Masjid, Sekarang Merungut ‘Bilik Hotel Kecil’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [BILA PAN JADI KERAJAAN] Dulu Boleh Tidur Masjid, Sekarang Merungut ‘Bilik Hotel Kecil’ dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/12/bila-pan-jadi-kerajaan-dulu-boleh-tidur.html

Subscribe to receive free email updates: