Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo?

Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo? - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo?
link : Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo?

Baca juga


Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo?

APAKAH TAULIAH PENCERAMAH AGAMA KINI DI BAWAH GOBIND SINGH DEO?

Terkesima saya membaca surat pengesahan pejabat Menteri KKM Gobind Singh Deo yang mengesahkan sekatan terhadap terhadap 10 Penceramah Agama popular tanahair termasuk Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Ahmad Dasuki, Ustazah Nurhafizah Musa, PU Amin, Ustaz Azhar Idrus daripada keluar bersiaran di mana-mana stesyen TV mahupun Radio.

Walaupun tidak dinyatakan sebab dan alasan yang jelas, namun umum mengetahui bahawa sekatan ini ada kaitan dengan kecenderungan politik mereka yang didakwa penyokong PAS.


Memanglah Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk menyekat mana-mana pihak cuma yang menjadi persoalan di manakah perjuangan KEBEBASAN BERSUARA yang dilaung-laungkan sebelum menjadi kerajaan? Atau apakah KEBEBASAN BERSUARA hanya bersifat terpilih kepada mereka yang menyokong Kerajaan PH sebagaimana 20 nama baru yang dikeluarkan.

Lebih parah lagi apabila hari TAULIAH ceramah hari ini bukan lagi menjadi milik eksklusif Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri yang dinaungi Raja-Raja Melayu tetapi sudah diambil alih oleh Menteri Gobind Singh.

Kalau nak diserahkan kepada JAKIM sekalipun, hakikatnya JAKIM tiada kuasa mengeluarkan tauliah. Sebab itulah di zaman kerajaan BN memerintah dulu apa sahaja yang berkaitan agama harus dirujuk dan dirundingi terlebih dahulu dengan Majlis atau Jabatan Agama Negeri-negeri. Malah nama-nama besar yang disekat oleh Gobind Singh tidak pernah dihalang kerajaan terdahulu walaupun jelas kecenderungan mereka kepada pembangkang Pas.

Melihat senarai nama 20 penceramah baru yang dikeluarkan jelas sekali bahawa kebanyakanya adalah pendokong PH termasuklah bekas calon Amanah Nik Omar, Pengerusi AMANAH Kelantan Che Ibrahim, Pengerusi AMANAH Perlis Zolkharnain Arifin, YB PKR Suhaimi Kassim dan pimpinan Amanah di peringkat nasional dan negeri.

Jelaslah bahawa Kebebasan Bersuara yang selama ini diuar-uarkan hanyalah omongan kosong yang terpakai untuk kelompok sendiri sahaja. Malah lebih teruk lagi apabila Kerajaan PH menipu kononnya mahukan penceramah Agama yang ‘non-partisan’ tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. - DR ASYRAF WAJDI DUSUKI #CelahGelegar


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo?

Sekianlah artikel Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adakah Tauliah Penceramah Agama kini bawah Gobind Singh Deo? dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/12/adakah-tauliah-penceramah-agama-kini.html

Subscribe to receive free email updates: