Tujuh gerai babi ditutup, MITC Mohon maaf

Tujuh gerai babi ditutup, MITC Mohon maaf - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tujuh gerai babi ditutup, MITC Mohon maaf, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tujuh gerai babi ditutup, MITC Mohon maaf
link : Tujuh gerai babi ditutup, MITC Mohon maaf

Baca juga


Tujuh gerai babi ditutup, MITC Mohon maaf


MELAKA TENGAH - Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) mengambil tindakan drastik mengarahkan tujuh gerai jualan makanan yang didapati menjual makanan tidak halal ketika Ekspo Tastefully Food and Baverage, ditutup.

Arahan itu dikeluarkan setelah gerai berkenaan didapati menjual daging babi berkonsepkan makanan jalanan dan tular di media sosial sehingga mendapat perkongsian lebih 500 pengguna Facebook.

Ketua Pegawai Eksekutif MITC, Abdul Wahab Ibrahim berkata, tindakan yang dilakukan bukan sahaja menutup gerai-gerai yang terbabit malah ia juga akan disertu mengikut peraturan yang dilakukan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sebaik sahaja eskpo tersebut tamat pada malam ini.

"Kami, MITC mohon maaf dan mengakui ini kesilapan teknikal membabitkan penyusunan gerai makanan tidak halal yang sepatutnya berada di ruang berasingan.

"Arahan itu juga dibuat selepas perbincangan bersama Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Mahani Masban," katanya.

Abdul Wahab berkata demikian ketika sidang media berhubung isu itu di MITC, tadi.

Jelasnya, ini merupakan insiden pertama yang berlaku selepas ekspo sama diadakan sejak empat tahun lalu.

 "Kita juga akan lebih prihatin dan memastikan perkara yang menyentuh senstitivi orang Islam tidak berulang pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Penganjur Lanceford Exhibition (M) Sdn. Bhd, Dicky Lee berkata, eskpo itu sememangnya menyasarkan pelanggan bukan beragama Islam dan sebanyak 60 daripada 170 buah gerai menjual produk tidak halal.

Dalam pada itu, insiden yang tular sejak malam tadi bukan sahaja mendapat kencaman orang ramai malah menimbulkan kemarahan netizen. - SH




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Tujuh gerai babi ditutup, MITC Mohon maaf

Sekianlah artikel Tujuh gerai babi ditutup, MITC Mohon maaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tujuh gerai babi ditutup, MITC Mohon maaf dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/10/tujuh-gerai-babi-ditutup-mitc-mohon-maaf.html

Subscribe to receive free email updates: