(PH mahu Mansuh?) Hukuman mati paling tepat untuk pengedar dadah - Pengarah JSJN Bukit Aman

(PH mahu Mansuh?) Hukuman mati paling tepat untuk pengedar dadah - Pengarah JSJN Bukit Aman - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul (PH mahu Mansuh?) Hukuman mati paling tepat untuk pengedar dadah - Pengarah JSJN Bukit Aman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (PH mahu Mansuh?) Hukuman mati paling tepat untuk pengedar dadah - Pengarah JSJN Bukit Aman
link : (PH mahu Mansuh?) Hukuman mati paling tepat untuk pengedar dadah - Pengarah JSJN Bukit Aman

Baca juga


(PH mahu Mansuh?) Hukuman mati paling tepat untuk pengedar dadah - Pengarah JSJN Bukit Aman


KUALA LUMPUR: Hukuman mati adalah hukuman terbaik untuk kesalahan membabitkan pengedar dadah yang didapati bersalah, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

Beliau berkata pihaknya akan sentiasa mencadangkan hukuman maksimum dalam kes pengedaran dadah sekiranya hukuman mati dimansuhkan.

"Secara peribadi saya berpendapat hukuman mati adalah hukuman terbaik bagi kesalahan berkenaan kerana pengedar dadah secara perlahan-lahan membunuh ramai penagih yang membeli dadah daripada mereka.

"Bagaimanapun sebagai polis, kita patuh sahaja undang-undang yang ditetapkan oleh Parlimen namun polis akan sentiasa meminta hukuman maksimum untuk pengedar dadah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kajian untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini yang dilaksanakan pihak Peguam Negara.

Ahad lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dilaporkan berkata kajian itu dilakukan berikutan keputusan kerajaan berhasrat untuk memansuhkan hukuman mati mandatori yang dibuat bagi mengikut Standard Antarabangsa berkaitan Hak Asasi Manusia.

Mohmad Salleh berkata hukuman setimpal yang boleh dikenakan membabitkan pengedar dadah ialah penjara seumur hidup atau tidak kurang 15 kali sebatan sekiranya hukuman mati dimansuhkan.

-- BERNAMA


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel (PH mahu Mansuh?) Hukuman mati paling tepat untuk pengedar dadah - Pengarah JSJN Bukit Aman

Sekianlah artikel (PH mahu Mansuh?) Hukuman mati paling tepat untuk pengedar dadah - Pengarah JSJN Bukit Aman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (PH mahu Mansuh?) Hukuman mati paling tepat untuk pengedar dadah - Pengarah JSJN Bukit Aman dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/10/ph-mahu-mansuh-hukuman-mati-paling.html

Subscribe to receive free email updates: