Judul : (Mujahit Mana?) Golongan Liberal Tidak Kaitkan ‘Maqasid’ Dengan ‘Syariah’
link : (Mujahit Mana?) Golongan Liberal Tidak Kaitkan ‘Maqasid’ Dengan ‘Syariah’
(Mujahit Mana?) Golongan Liberal Tidak Kaitkan ‘Maqasid’ Dengan ‘Syariah’
KUALA TERENGGANU – Golongan liberal hanya membincangkan ‘Maqasid’ (maksud) sahaja tanpa mengaitkannya dengan Syariah menyebabkan mereka hanya menggunakan kedaulatan aqal sahaja.
Mufti Terengganu Dato’ Zulkifly Muda berkata, Maqasid dan Syariah serta perundangan tidak boleh dipisahkan sama sekali.
“Maqasid Syariah antaranya adalah menjaga ugama dengan dengan disyariatkan rukun Islam bagi meningkatkan amal ibadat kepada Allah,
“dalam masa yang sama disuruh kita berdakwah dan Islam telah meletakkan undang-undang dan hukuman kepada mereka yang cuba mengganggu ugama, termasuk hukum bunuh kepada orang-orang yang murtad,
“kita tak boleh bincangkan Maqasid hanya apa yang dibenarkan dalam ugama tetapi undang-undang yang lain pula, ini lah yang ditonjolkan oleh golongan liberal,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi Panel Forum, Muzakarah Perundangan Islam Negeri Terengganu 2018 di Wisma Darul Iman, semalam Khamis, 18 Oktober.
Katanya, Maqasid Syaria pada sudut ekonomi, Islam mewajibkan kerajaan mencari pelabur agar peluang pekerjaan dapat diwujudkan peluang pekerjaan.
“ia bagi mengelakkan orang ramai dari mencuri (kerana tiada) pekerjaan dan mengelakkan dari dikenalan hukuman Hudud,
“ada hadis yang menyebutkan bagaimana Rasulullah mencari jalan agar orang mendapat kerja,” jelasnya.
Beliau berkata, dalam masa yang sama Islam mewajibkan Takaful dan Ta’awun, tolong menolong bagi menyelamatkannyawa manusia.
“dalam Fatwa Ibnu Hazmi berkata, seorang yang miskin mati kerana kelaparan sedangkan ada jirannya yang kaya maka, jirannya itu dianggap sebagai pembunuh tidak sengaja,
“maka wajib kena bayar diyat (denda), kerana tidak mengambil tanggungjawab,” tambah beliau.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel (Mujahit Mana?) Golongan Liberal Tidak Kaitkan ‘Maqasid’ Dengan ‘Syariah’
Sekianlah artikel (Mujahit Mana?) Golongan Liberal Tidak Kaitkan ‘Maqasid’ Dengan ‘Syariah’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (Mujahit Mana?) Golongan Liberal Tidak Kaitkan ‘Maqasid’ Dengan ‘Syariah’ dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/10/mujahit-mana-golongan-liberal-tidak.html