Mufti Perak:"Orang berkhalwat selalunya buat di tempat tertutuplah"

Mufti Perak:"Orang berkhalwat selalunya buat di tempat tertutuplah" - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mufti Perak:"Orang berkhalwat selalunya buat di tempat tertutuplah", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mufti Perak:"Orang berkhalwat selalunya buat di tempat tertutuplah"
link : Mufti Perak:"Orang berkhalwat selalunya buat di tempat tertutuplah"

Baca juga


Mufti Perak:"Orang berkhalwat selalunya buat di tempat tertutuplah"


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terkejut dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkaitan penguatkuasaan jenayah khalwat.

Katanya, undang-undang pencegahan maksiat yang dilaksanakan di negara ini sudah menjangkau lebih 50 tahun.

Harussani berkata sebagai seorang menteri, beliau (Mujahid) perlu lebih memahami mengenai undang-undang berkenaan.

"Orang berkhalwat selalunya buat di tempat tertutuplah, kalau ada kesalahan (maksiat) di hotel boleh kita masuk, itu pencegah maksiat buat.

"Jadi kalau tak boleh tegah, biarlah orang buat maksiat, tak perlu undang-undanglah.

"Kita laksanakan undang-undang ini sudah lama, tiada masalah pun," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mujahid yang dipetik berkata tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Sebaliknya, tegas Mujahid, apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.

Mengulas lanjut, Harussani berkata amalan mencegah maksiat sepatutnya dilaksanakan di mana-mana kawasan sekali pun.

"Kita yang salah jika kita tidak cegah, kita kena cegah maksiat di mana pun," katanya.

Justeru, katanya, adalah lebih baik jika Mujahid panggil 'orang agama' untuk mengadakan perbincangan sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan.

"Saya rasa kita jangan buat kenyataan di surat khabar tak tentu pasal mari kita bincang dahulu pergi ke jabatan agama, adakan mesyuarat macam mana, jadi kalau kita buat tak tentu pasal ia jadi celarulah," katanya.


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Mufti Perak:"Orang berkhalwat selalunya buat di tempat tertutuplah"

Sekianlah artikel Mufti Perak:"Orang berkhalwat selalunya buat di tempat tertutuplah" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mufti Perak:"Orang berkhalwat selalunya buat di tempat tertutuplah" dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/10/mufti-perakorang-berkhalwat-selalunya.html

Subscribe to receive free email updates: