MP MINTA Notis Larangan Merokok DITARIK BALIK: Menteri tiada kuasa letak notis di Parlimen

MP MINTA Notis Larangan Merokok DITARIK BALIK: Menteri tiada kuasa letak notis di Parlimen - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MP MINTA Notis Larangan Merokok DITARIK BALIK: Menteri tiada kuasa letak notis di Parlimen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MP MINTA Notis Larangan Merokok DITARIK BALIK: Menteri tiada kuasa letak notis di Parlimen
link : MP MINTA Notis Larangan Merokok DITARIK BALIK: Menteri tiada kuasa letak notis di Parlimen

Baca juga


MP MINTA Notis Larangan Merokok DITARIK BALIK: Menteri tiada kuasa letak notis di Parlimen


Dua Ahli Parlimen pembangkang dan Pakatan Harapan hari ini bergabung suara meminta notis larangan merokok di Parlimen yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ditarik balik.
Usul yang dibuat oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul itu berkata, tiada pihak, termasuk menteri, lebih berkuasa daripada Speaker Dewan Rakyat di Parlimen.
“Saya nak kemukakan Peraturan Mesyuarat 18 dan nak mintak petua Speaker Dewan Rakyat bagaiamana seorang Ahli Parlimen didenda kerana merokok di kawasan Parlimen.
“Saya ingin rujuk kepada ‘Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952’, saya lihat notis yang diletakkan di tempat larangan merokok ditanda tangani oleh menteri kesihatan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Johari berkata tidak ada menteri yang ada kuasa di Parlimen dan tidak boleh sesuka hati meletakkan notis.
“Ini rumah anda. Dia perlu bincang dengan Speaker. Speaker akan maklumkan pada kita. Biarlah Speaker yang letakkan notis dan maklumkan. Saya tidak merokok, tetapi ini untuk berlaku adil pada kita semua yang ada ‘privileges’.
“Speaker you are my boss, our boss, bukan menteri.Saya mintak panduan Speaker untuk maklumkan kepada menteri, mereka tidak ada kuasa untuk letak notis di sini (Parlimen).
“Notis mesti datang daripada Speaker dan ini kawasan Speaker. Saya minta notis itu ditarik balik dan letak atas nama Speaker,” katanya.
Cadangan itu disokong oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan berkata tidak ada penguat kuasa yang boleh berlegar-legar mencari kesalahan Ahli Parlimen.
“Ini tidak pernah berlaku dan kami beri kuasa penuh kepada Dewan Rakyat dan Speaker Dewan untuk selesaikan masalah ini. Mereka kena hormati Speaker. Jangan suka-suka (letak notis),” katanya.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata setelah mendengar cadangan itu, beliau akan mengeluarkan peraturan setelah mengkaji segala aspek peraturan mesyuarat dan undang-undang berkaitan.
“Sementara itu saya akan usahakan untuk selesaikan sebaik mungkin. Jadi bersabarlah sikit,” katanya.
Selasa lalu, seorang Ahli Parlimen antara 8 individu dikenakan kompaun kerana merokok di dalam bangunan Parlimen sejak larangan itu “dikuatkuasakan” Isnin lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun tidak mendedahkan identiti wakil rakyat itu.
Katanya, kafeteria di bangunan utama, tempat rehat wakil rakyat dan ruang telaga udara diisytiharkan kawasan larangan merokok, termasuk untuk pengguna vape di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
Perokok boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM500 dan didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 bulan atau kedua-duanya sekali, jika gagal membayar denda.
Sementara itu, Ketua Sektor Kawalan Tembakau Kementerian Kesihatan, Dr Ariana Hassan berkata, 23 pegawai dikerahkan untuk memantau zon larangan merokok di Parlimen. - FMT


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel MP MINTA Notis Larangan Merokok DITARIK BALIK: Menteri tiada kuasa letak notis di Parlimen

Sekianlah artikel MP MINTA Notis Larangan Merokok DITARIK BALIK: Menteri tiada kuasa letak notis di Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MP MINTA Notis Larangan Merokok DITARIK BALIK: Menteri tiada kuasa letak notis di Parlimen dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/10/mp-minta-notis-larangan-merokok-ditarik.html

Subscribe to receive free email updates: