Menteri Minum Air Paip: kenapa Perlu Penapis Air

Menteri Minum Air Paip: kenapa Perlu Penapis Air - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri Minum Air Paip: kenapa Perlu Penapis Air, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri Minum Air Paip: kenapa Perlu Penapis Air
link : Menteri Minum Air Paip: kenapa Perlu Penapis Air

Baca juga


Menteri Minum Air Paip: kenapa Perlu Penapis Air


11 Safar 1440HSabtu – Benarkah air yang disalurkan kepada rakyat Malaysia benar-benar bersih, soal pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jeyakumar.
Jika bersih seperti didakwa, dan seperti kata Dr Xavier beliau sendiri meminum air terus dari paip, kenapa pula di kebanyakan rumah dipasang alat penapis.
Dr Ridhuan Tee berkata, rata-rata rakyat tidak yakin dengan tahap kebersihan air yang dibekalkan sejak dahulu hingga sekarang, cuma keadaannya tidak seteruk di sesetengah tempat yang mana air paipnya keruh.
Beliau yakin kebanyakan rumah mempunyai penapis air masing-masing kerana kebersihan air yang diperoleh adalah diragui.
“Mengapa setiap rumah perlu memasang penapis air yang dialirkan menerusi paip yang dikatakan bersih. Ini menunjukkan bahawa air yang disediakan bukan untuk manusia.
“Saya mohon wartawan pergi ke rumah menteri, dan lihat berapa banyak penapis air luar dan dalam yang beliau ada,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.
Dr Xavier pada sidang Dewan Rakyat beberapa hari yang lalu berkata, semua air paip di seluruh Malaysia yang telah diproses oleh loji rawatan air adalah selamat untuk diminum terus.
“Memang air yang keluar dari paip boleh diminum di seluruh negara, tak ada masalah. Kalau ada masalah, itu masalah tempatan bukan sebab loji. Air yang keluar dari loji-loji yang kita ada di seluruh Malaysia 100 peratus boleh diminum,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau).
Ketika ditanya Ismail sama ada Xavier sendiri minum air dari paip, menteri itu berkata: “Memang saya minum terus dari paip.”
Dr Ridhuan Tee mempersoalkan jika air boleh terus diminum daripada paip, mengapa setiap rumah perlu pasang penapis.
“Jika tidak percaya, pergi tengok penapis air setiap minggu, tengok apakah warna penapis air tersebut. Penuh keladak.
“Sebab itu jangan cakap tak serupa bikin. Boleh dikatakan rata-rata rakyat tidak yakin tahap kebersihan air yang dibekalkan sejak dahulu sampai sekarang,” katanya. - ismaweb


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Menteri Minum Air Paip: kenapa Perlu Penapis Air

Sekianlah artikel Menteri Minum Air Paip: kenapa Perlu Penapis Air kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri Minum Air Paip: kenapa Perlu Penapis Air dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/10/menteri-minum-air-paip-kenapa-perlu.html

Subscribe to receive free email updates: