Luahan hati kakitangan JASA yang DIBERHENTIKAN kerja oleh PH

Luahan hati kakitangan JASA yang DIBERHENTIKAN kerja oleh PH - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Luahan hati kakitangan JASA yang DIBERHENTIKAN kerja oleh PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Luahan hati kakitangan JASA yang DIBERHENTIKAN kerja oleh PH
link : Luahan hati kakitangan JASA yang DIBERHENTIKAN kerja oleh PH

Baca juga


Luahan hati kakitangan JASA yang DIBERHENTIKAN kerja oleh PH


Bermula sebagai kakitangan Kerajaan di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pada awal tahun 2006.
Pegawai Imigresen pada pertengahan tahun 2008.
Kemudian menghadiri temuduga di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) pada Mei 2010.
Aku ingat lagi hari temuduga, kami 3 orang calon Melayu, 3 orang calon Cina dan seorang calon India duduk di kerusi tetamu tunggu giliran dipanggil. Kami harus melalui 4 peringkat temuduga pada 1 hari yang sama.
1) Ujian bertulis
Diberikan 10 tajuk karangan berdasarkan isu semasa dan juga Kenegaraan. Harus menyelesaikan 1 karangan tidak lebih dari 350 patah perkataan dalam masa sejam.
2) Ujian Pengucapan Awam
Kena ceramah berdasarkan tajuk karangan yang dipilih ketika Ujian Bertulis. Guna mikrofon yang lengkap dengan PA system selama 10 minit, dihadapan semua calon temuduga dan diadili oleh panel penemuduga. Fuh berpeluh baq hang. 😅
3) Ujian Komputer
Dikehendaki untuk menyelesaikan beberapa soalan menggunakan Microsoft Word, Excel dan juga Power Point dalam masa 15 minit.
4) Temuduga
Seingat aku, lebih kurang 20 minit aku kena tanya dengan 2 orang penemuduga dari JASA. Daripada soalan peribadi, kerjaya sebelumnya, sehinggalah ke bab sejarah Malaysia, Rukun Negara dan juga Perlembagaan Persekutuan.
Berbanding ketiga-tiga Jabatan ini, aku boleh nilaikan bahawa temuduga di JASA adalah yang paling sukar.
3 bulan tunggu jawapan. Alhamdulillah, terima surat dari SPA, rezeki aku diterima menjadi keluarga JASA secara rasminya pada 9 Ogos 2010.
Jadi TIDAK BENAR jika ada yang mengatakan bahawa kami adalah lantikan politik. Tiada jalan pintas, tiada kabel besi mahupun kabel optik. Kami juga melalui proses temuduga yang sama seperti Agensi yang lain.
Bersama JASA, dari Perlis hingga ke Sabah & Sarawak, aku dah sampai. Semuanya atas tuntutan tugas.
Menjadi sebahagian keluarga besar JASA, terlalu banyak pahit dan manis aku tempuhi.
Ramai yang tertanya-tanya apa itu JASA?
Di suatu masa dahulu, kami mendekati rakyat, juga menyantuni rakan dan lawan.
Kehadiran kami tidak didengari, tetapi cukup dirasai.
Tetapi suasana dan corak gerakerja JASA nyata berbeza sejak 3 tahun lepas.
Peranan kami kelihatan sangat menonjol. Pergerakan kami ternampak jelas. Ramai mula buka mata dan pasang telinga. JASA disebut sana-sini. Dengan viraliti kenyataan Ketua Pengarah yang WAJIB (dimasukkan dalam SKT) kami laksanakan, ternyata ianya mengundang sensasi, polemik dan juga musuh.
JASA yang sepatutnya hanya dirasai, sudah dilihat secara terang-terangan.
Dan apabila Barisan Nasional kalah, JASA merupakan agensi pertama yang dibubarkan Kerajaan Pakatan Harapan kerana JASA dikatakan Agensi politik dan perancang strategik Kerajaan BN.
Kami menjadi mangsa.
Mangsa kerana terdapat suara-suara lantang yang menjadikan kami sebagai medium viraliti, dalam menyebarluaskan kenyataan mereka.
Mangsa kerana kami patuh pada arahan pihak atasan, kerana ingin menjaga periuk nasi kami, agar kontrak kami disambung lagi pada tahun-tahun akan datang.
Mangsa kerana kami hanya 'Yang Menjalankan Tugas'..
Dan pada hari ini, 15 Oktober 2018, secara rasminya, tamatlah riwayat JASA apabila kontrak kami ditamatkan lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.
Tiada pampasan..
Tiada pembelaan..
Tiada belas kasihan..
Tiada apa-apa..
Rumah?
Kereta?
Belanja anak?
Belanja rumah?
Ya Allah, mana nak cari duit nak bayar semua ni?
Kami terkapai-kapai mencari haluan dan arah tuju. Malahan sehingga ke hari ini, ramai yang masih bingung, cuba memahami apa yang terjadi.
Bertatih semula dari bawah ketika usia menginjak 40-an bukanlah satu perkara yang mudah.
Keputusan ini terpaksa kami terima dengan hati yang perit, fikiran yang kusut dan jiwa yang kacau.
Tetapi kehidupan harus diteruskan bukan? Inilah hakikat yang kami terpaksa telan.
Marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar.
Kepada rakan-rakan, orang perseorangan dan mereka yang susah senang bersama dan membantu JASA, yang menghargai tugasan kami, jutaan terima kasih kami ucapkan.
Kepada Kerajaan Barisan Nasional, terima kasih tak terhingga atas jasa kalian kerana berikan kami sumber mata pencarian yang selesa dalam menanggung kehidupan seharian kami sekeluarga dan menerima kami menjadi sebahagian daripada keluarga anda.
Dato' Dr Puad Zarkashi, terima kasih diatas segala jasa dan sumbangan Dato' sepanjang menerajui JASA.
Terima kasih jua kerana menjadi Jeneral yang meninggalkan askar dan bala tentera dimedan perang, ketika belum pun lagi semboyan perang dibunyikan.
Ketika kami dalam kesusahan, diasak bertubi-tubi kiri dan kanan, depan dan belakang oleh pihak lawan, tiada satu pun kenyataan untuk membela kami..
Kenyataan untuk menerangkan hal yang sebenar-benarnya..
Tiada lagi arahan WAJIB "Like Comment & Share"..
Terima kasih kerana memilih untuk berdiam diri..
Terima kasih..
Teristimewa buat Tun Mahathir dan Kerajaan Pakatan Harapan, terima kasih kerana membubarkan JASA, Agensi yang dahulunya Tun sendiri wujudkan. Yang peranan dan fungsinya, Tun lebih maklumi. Jasa dan budi Tun dan Kerajaan Pakatan Harapan, saya kenang hingga hujung nyawa.
Satu perkara yang pasti, tidak ada satu perkara pun yang aku sesali ketika menjadi keluarga JASA.
Seribu dua ratus Pegawai yang terlibat.
Tiga ribu seratus tujuh puluh tiga hari menjadi keluarga JASA.
In the name of Allah..
I served my nation and my country..
I carried out my duties..
I fulfilled my amanah..
Terima kasih segala..
Biar JASA menjadi kenangan..
Kepada Allah kami berserah!
Noor Aeiza Hassan
Mantan Pegawai JASA N37 Batu Maung,
Pulau Pinang.


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Luahan hati kakitangan JASA yang DIBERHENTIKAN kerja oleh PH

Sekianlah artikel Luahan hati kakitangan JASA yang DIBERHENTIKAN kerja oleh PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Luahan hati kakitangan JASA yang DIBERHENTIKAN kerja oleh PH dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/10/luahan-hati-kakitangan-jasa-yang.html

Subscribe to receive free email updates: