Judul : Kuota Bumiputera: Menteri dibidas tak faham sejarah polisi
link : Kuota Bumiputera: Menteri dibidas tak faham sejarah polisi
Kuota Bumiputera: Menteri dibidas tak faham sejarah polisi
Penganalisis politik, Ab Jalil Backer berkata, tujuan pengenalan kuota minimum 30 peratus kawasan perumahan dan perniagaan hendaklah dijual kepada kaum Bumiputera merupakan satu proses "rekayasa sosial" (social engineering) untuk membentuk semula pola kependudukan rakyat Malaysia selepas 13 Mei 1969.
Menurutnya, dasar berkenaan diwujudkan supaya setiap kawasan perumahan dan perniagaan (hartanah) menggambarkan komposisi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.
“Sebelum 13 Mei kaum Cina dan Melayu duduk secara terasing dan terpisah. Apabila berlaku peristiwa 13 Mei, orang Cina membakar kawasan orang Melayu dan orang Melayu membakar kawasan orang Cina. Inilah yang cuba dicegah oleh kerajaan kemudiannya.
“Pemberian diskaun Bumiputera tujuh hingga 10 peratus untuk hartanah lot Bumiputera bukan kerana ingin membantu kaum Bumiputera atau orang Melayu atas faktor miskin dan pilih kasih,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Jalil berkata, potongan berkenaan diperkenalkan kerana pembelian hartanah di bawah kuota Bumiputera terikat kepada syarat bahawa sebarang perubahan hak milik mesti mendapat kebenaran Kerajaan Negeri dan hendaklah dijual kepada Bumiputera juga.
Menurutnya, hartanah berkenaan juga memerlukan satu kebenaran khas berasingan jika mahu dijual kepada bukan Bumiputera.
“Tujuan syarat ini ialah untuk memastikan setiap kawasan perumahan dan perniagaan tidak dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja. Justeru syarat pemilikan seperti ini telah mengurangkan nilai semasa sesebuah hartanah lot Bumiputera berbanding pemilikan terbuka di kawasan yang sama.
“Atas sebab itu diperkenalkan diskaun tujuh hingga 10 peratus bagi pembelian kuota di bawah Bumiputera bertujuan mengimbangi kerugian nilai selepas pembelian,” katanya.
Menurutnya, kenyataan menteri berkaitan kuata Bumiputera di mana kuota perumahan tidak perlu ikut bangsa atau agama adalah bagi menjawab saranan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) yang mahukan penjualan hartanah kuota Bumiputera hanya dihadkan kepada enam bulan.
“Kita faham menteri baharu ini banyak yang tidak faham sejarah dan tujuan sesuatu polisi dibuat. Oleh kerana ada kuota Bumiputera dan beliau tidak faham, maka ia dianggap polisi ini sebagai rasis.
“Diskaun diberi ke atas hartanah Bumiputera kerana "restriction" ke atas lot bumi yang dijual, bukan kerana keistimewaan untuk orang Melayu sebaliknya bertujuan mengimbangi kerugian nilai selepas pembelian,” tegasnya.
Menurutnya, tidak perlu merepek kononnya orang Melayu telah ramai yang kaya dan tidak perlu dapat diskaun kerana hal ini tidak ada kena mengena dengan pendapatan orang Melayu.
Semalam, Zuraida berkata, dalam kerajaan baharu ini, rakyat akan dinilai dari segi kemampuan pendapatan dan tidaklah mengenai bangsa, kalau ditetapkan rumah mampu milik itu untuk mereka yang berpendapatan bawah RM3,000, maka garis panduan itu akan digunakan tidak mengira agama dan bangsa.
Baru-baru ini, Presiden Rehda Datuk Ir Soam Heng Choon mencadangkan agar kerajaan menyemak semula dasar kuota Bumiputera untuk lebih telus dan menjadikannya satu mekanisme pelepasan secara automatik jika ia tidak terjual. - SH
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Kuota Bumiputera: Menteri dibidas tak faham sejarah polisi
Sekianlah artikel Kuota Bumiputera: Menteri dibidas tak faham sejarah polisi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kuota Bumiputera: Menteri dibidas tak faham sejarah polisi dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/10/kuota-bumiputera-menteri-dibidas-tak.html