Judul : Ketua Menteri Melaka TOLAK tawaran "Datuk Seri"
link : Ketua Menteri Melaka TOLAK tawaran "Datuk Seri"
Ketua Menteri Melaka TOLAK tawaran "Datuk Seri"
AYER KEROH: “Saya rasa tidak perlu jawab“, demikian seloroh Ketua Menteri, Adly Zahari ketika ditanya dakwaan yang beliau menolak tawaran darjah kebesaran negeri sempena sambutan Hari Jadi Ke-80 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, di Seri Negeri di sini, hari ini.
Adly yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka berkata, beliau tidak perlu menjawab semua soalan dikemukakan wartawan berikutan ada antaranya tidak menimbulkan persoalan.
Sebaliknya, beliau berharap semua penerima darjah di bawah pentadbirannya akan terus meningkatkan usaha serta khidmat bakti kepada kerajaan negeri dan rakyat.
“Kerajaan negeri berharap semua ini (anugerah) akan memberi rangsangan baharu kepada keseluruhan penerima darjah dan bintang supaya dapat mempertingkatkan lagi usaha masing-masing,” katanya.
Menurut sumber, Adly dipercayai menerima tawaran untuk dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’, tetapi menolaknya atas alasan tertentu.
Dalam perkembangan lain, Adly berkata, kerajaan negeri akan menyiasat segera penjualan makanan tidak halal yang berlangsung di Ekspo ‘Tastefully Food & Beverage’ di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, minggu ini.
“Kerajaan negeri akan siasat apa yang ada di MITC jika ada berbangkit dan melanggar peraturan berdasarkan laporan diberi kepada kita,” katanya.
Tinjauan NSTP di MITC mendapati benar berlaku penjualan makanan tidak halal di tiga gerai di ekspo berkenaan, malah ia dihimpunkan dalam satu tempat tanpa ada pengasingan sudut khas.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Ketua Menteri Melaka TOLAK tawaran "Datuk Seri"
Sekianlah artikel Ketua Menteri Melaka TOLAK tawaran "Datuk Seri" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ketua Menteri Melaka TOLAK tawaran "Datuk Seri" dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/10/ketua-menteri-melaka-tolak-tawaran.html