Kenapa tak seru orang Cina kuasai bahasa Melayu?

Kenapa tak seru orang Cina kuasai bahasa Melayu? - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa tak seru orang Cina kuasai bahasa Melayu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa tak seru orang Cina kuasai bahasa Melayu?
link : Kenapa tak seru orang Cina kuasai bahasa Melayu?

Baca juga


Kenapa tak seru orang Cina kuasai bahasa Melayu?


  • Masih ramai Ahli Parlimen gagap apabila berbahasa Melayu
12 Safar 1440HAhad – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya meluahkan rasa terkilan apabila terdapat beberapa seruan yang menggesa orang Melayu menguasai bahasa lain, namun seruan yang sama tidak ditujukan kepada bangsa Cina yang nyata masih lemah dalam bahasa Melayu.
Aminuddin dalam satu kenyataan menegaskan, adalah tidak menjadi masalah buat orang Melayu untuk menguasai bahasa asing.
Malah, katanya, Islam turut menggalakkan umatnya untuk menimba apa saja ilmu yang baik termasuk penguasaan pelbagai bahasa.
Cuma saya terkilan, kenapa seruan yang sama tidak disarankan kepada orang Cina untuk belajar bahasa Melayu? Berapa ramai orang Cina yang tidak fasih malah ada yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu.
“Di kalangan Ahli Parlimen juga kita boleh lihat ramai yang gagap dan tersasul menggunakan bahasa Melayu.
“Tun M menyeru orang Melayu belajar dan menguasai bahasa Inggeris. Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyeru supaya belajar bahasa Mandarin.
“Sekilas lalu memang tidak ada apa-apa masalah dengan seruan seperti ini. Tetapi pada sisi yang lain, ia dilihat seolah-olah perjuangan bahasa Melayu tidak lagi menjadi agenda penting kerajaan.
“Saya berkata demikian kerana kedua-duanya adalah pemimpin dan bakal pemimpin disebuah negara majoriti Melayu. Tanah ini Tanah Melayu. Raja-rajanya pula orang Melayu. Tapi pemimpinnya memperjuangkan bahasa asing,” katanya.
Semalam, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada Seminar Kebangsaan Visi Islam dalam Aspirasi Malaysia Baharu di Nilai, menggesa anak Melayu perlu menguasai bahasa Cina.
Ini kerana, katanya, ia merupakan bahasa ekonomi yang penting pada masa ini.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, setiap pemimpin harus berhati-hati dalam mengemukakan saranan dalam usaha untuk membuat perubahan.
Jangan sampai bangsa sendiri tergadai. Bak kata pepatah ‘Bahasa melambangkan Bangsa’.
“Bagaimana kalau bahasa Melayu tidak lagi diperkasakan? Bagaimana jadinya identiti orang Melayu? Adakah ini penghakisan secara halus bangsa Melayu kepada Bangsa Malaysia? Adakah ini dikatakan Malaysia Baharu?
“Kalau kita sendiri tidak memuliakan bahasa kita sendiri maka bagaimana bangsa lain akan hormat dengan kita.
“Kalau kita ke luar negara kita dipaksa berbahasa mereka tetapi kalau mereka datang ke negara kita, mereka tak mahu berbahasa Melayu,” katanya. - ismaweb


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Kenapa tak seru orang Cina kuasai bahasa Melayu?

Sekianlah artikel Kenapa tak seru orang Cina kuasai bahasa Melayu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa tak seru orang Cina kuasai bahasa Melayu? dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/10/kenapa-tak-seru-orang-cina-kuasai.html

Subscribe to receive free email updates: